Amani Aisyah mandi kolam pertama kalinya

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Mandi kolam pasti digemari oleh kanak-kanak. Zaman Sop dahulu hanya mandi sungai atau parit sahaja. Bukan senang hendak jumpa kolam seperti sekarang. Dah sekolah menengah baru dapat cuba mandi kolam. Itupun kolam awam yang perlu dibayar tiket masuk iaitu RM1.50 seorang. Namun begitu, mandi sungai atau parit lagi seronok sebenarnya kerana ia bebas klorin :)

Sebelum ini, Amani hanya melihat abang atau kakaknya mandi manda di kolam. Kami belum pernah bagi Amani untuk mandi manda atau berendam di dalam air kolam. Masih terlalu kecil untuk mandikan Amani i kolam takut air klorin tidak baik untuk bayi.

Baru-baru ini kami telah ke Melaka dan menginap di Holiday Inn. Oleh kerana kami ke Melaka untuk menghadiri kenduri, tiada aktiviti lain yang dirancang sepanjang di Melaka. Melancong ketika cuti sekolah ke Melaka sangat memenatkan kerana terlalu ramai orang. Oleh itu, kami hanya berada di hotel sepanjang hari. Peluang terbaik untuk anak-anak mandi manda sepenuhnya di kolam hotel.

Pada petang tersebut, kami memberi peluang kepada Amani untuk mencuba mandi kolam. Nampaknya Amani sama seperti abang dan kakaknya yang suka mandi kolam. Pertama kali cuba terus seronok nampaknya Amani dapat bermain air. Tiap kali diangkat pasti mengamuk dan minta diletakkan di dalam kolam.

Lama juga kami rendam Amani ke dalam kolam. Nampak keseronokan Amani ketika mandi kolam tersebut. Seronok-seronok juga tapi tidak boleh mandi lama sangat ye Amani. Tunggu besar sikit baru boleh mandi sendiri ye :)

Galeri gambar:




Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
16 March, 2016 22:44 delete

Amani dengan kakak dan abang mandi kolam ya...hihi...

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
17 March, 2016 01:04 delete

Mesti la nak join abang kakak mandi :)

Reply
avatar
17 March, 2016 16:41 delete

Sama la dengan anak dara saya. Suka sangat mandi kolam. Kalau jumpa air, memang seronok sangat gayanya. ☺

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
18 March, 2016 22:55 delete

Kanak2 jumpa air mmg suka
Tp ada juga yg takut air :)

Reply
avatar
21 March, 2016 17:01 delete

budak2 semua pun suka main air kan, comel je

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
21 March, 2016 17:14 delete

kan
bukan selalu dapat main air gitu :)

Reply
avatar