Photoshoot macro di kampung

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan berbangsa Cina.
Pergi ke mana cuti Tahun Baru Cina ini?

Lalat pertama berjaya dirakam

Kesempatan cuti panjang ini, Sop dan keluarga balik ke kampung Terengganu. Perjalanan agak sesak juga kerana ramai yang ambil kesempatan balik ke kampung apabila cuti panjang ini.

Tidak banyak aktiviti dilakukan balik kali ini kecuali memancing ikan di sungai. Boleh dikatakan tiap-tiap hari kami pergi memancing. Aktiviti memancing akan dikongsikan dalam entri berikutnya. Entri ini Sop ingin berkongsi pengalaman mengambil gambar Macro di sekitar rumah kampung.

Sebelum ini, Sop hanya mengambil gambar Macro di taman rumah dan tepi tasik sekitar rumah sahaja. Serangga agak terhad kerana kawasan tidak banyak tumbuhan dan serangga. Apabila berada di kampung memang sekeliling rumah dipenuhi dengan tumbuhan dan pokok-pokok. Memang banyak serangga yang terdapat di sekitar rumah.

Aktiviti Photoshoot dilakukan pada sebelah pagi dengan meronda disekitar rumah. Memang banyak serangga yang ada dan peluang digunakan sepenuhnya untuk mengambil gambar serangga yang menarik.

Walaupun serangga banyak di kampung namun cabaran lebih hebat juga. Pertamanya ialah cabaran nyamuk apabila berada di dalam semak, berpusu-pusu mereka menyerang! Silap-silap boleh kering darah Sop jika dibiarkan. Hahaha

Keduanya ketika ini di kampung sangat berangin yang agak kuat. Dari awal pagi hingga malam angin tidak berhenti. Shoot gambar Macro ketika berangin sangat mencabar kerana agak sukar untuk mendapat fokus. Kadang-kala terpaksa menunggu lama sehingga angin berhenti dan ketika itu serangga pula telah lari!

Namun begitu, Sop berpuas hati dapat menajamkan kemahiran gambar Macro kerana banyak subjek yang boleh di rakam. Tidak perlu pergi jauh untuk mengambil gambar serangga. Selepas ini jika balik kampung boleh cari serangga di kawasan lain pula.

Berikut merupakan hasil buruan Macro di kampung. Banyak lagi gambar di kongsikan di http://instagram.com/gnesop



Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
YieN
AUTHOR
11 February, 2016 11:50 delete

Scroll lelaju sebab takutttt :P

Reply
avatar