17 February 2016

Pengalaman pertama Auni belajar roller skate

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Ini merupakan pengalaman pertama Auni mencuba roller skate. Sebelum ini Auni hanya melihat abang-abangnya bermain roller skate dan roller blade. Oleh kerana Auni telah besar, maka Sop berani untuk membenarkan Auni mencuba roller skate tersebut.

Roller skate ini asalnya kepunyaan Azfar dan Azwar. Setelah lama bermain kami telah naik taraf roller skate kepada roller blade. Roller skate ini diberikan kepada sepupu mereka. Baru-baru ini roller skate ini telah dipulangkan kembali kerana telah tidak muat dan sepupu mereka tidak guna sangat. Jadi roller skate tersebut masih keadaan baik lagi.

Auni apabila mendapat roller skate tersebut memang teruja untuk mencubanya sehinggalah baru ini ada peluang apabila Sop bawa bermain di bawah bersama abang-abangnya. Pertama kali mencubanya memang kekok. Auni langsung tidak berani untuk berjalan dan banyak berpegang. Oleh kerana tidak berani akhirnya Auni putus ada dan berhenti bermain. Ini kerana ada tarikan tapak permainan yang kelihatan lebih menyeronokkan.

Sebagai pengalaman pertama, Sop tidak hairan Auni tidak berani untuk mencuba. Apatah lagi apabila jatuh tentu beri perasaan lebih takut. Nampaknya Auni perlu lebih banyak latihan untuk berani dan menjadi lebih mahir.

Sop sendiri pun agak lama tidak bermain roller blade :)



2 comments:

  1. Hi, may I know where can I find this type of roller skate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bought at Jaya Jusco four years ago :)

      Delete


EmoticonEmoticon