03 January 2016

Lipas rumah bandar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Terdapat banyak jenis lipas di dunia ini malah lipas di rumah juga berbeza dari jenis dan bentuknya. Ada yang besar dan ada yang kecil.

Dari kecil dulu, lipas rumah yang besar memang biasa Sop lihat. Jika malam-malam pasti ada yang keluar merayap mencari makanan.

Berbeza pula di rumah Sop sekarang yang mana lipas rumah bersaiz kecil. Masalah lipas ini dihantui oleh semua penduduk di sini rasanya. Walaupun bersaiz kecil tetapi jumlahnya agak banyak. Setiap har ada sahaja lipas yang merayap di dalam rumah.
 

Banyak juga ikhtiar diambil untuk mengatasi masalah lipas ini tetapi tidak berhasil. Mungkin kerana ia perlu dibendung secara keseluruhan 1 kawasan perumahan ini kot. Setakat ini, Sop hanya guna sembuh racun perosak sahaja setelah beberapa ubat guna tidak berhasil.

Oleh kerana lipas ini kecil, agak sukar juga untuk memburunya. Ia boleh berada bawah meja, bawah kerusi, bawah kabinet dan sebagainya. Biasanya jika nampak merayap baru sembur jika berada di atas lantai atau dinding. 


Mohon perkongsian rakan-rakan jika ada petua yang boleh membantu menghalau lipas ini yer.


2 comments:

  1. Kalau sebut pasal lipas kecil ni susah nak hapuskan. Di rumah saya pun ada banyak juga. Saya pun tak tahu nak buat macam mana?

    Jom kunjungi entri saya:
    Pengalaman Bersama ONEXOX

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon