27 January 2016

Happy birthday Azfar ke 10

Selamat sejahtera kepada semua.



Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Azfar yang ke 10. Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Azfar dan semoga membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan keluarga.

10 tahun masa berlalu begitu pantas. Perubahan tidak dirasakan apabila berada di depan mata setiap hari. Tanpa sedari anak-anak telah membesar.

Alhamdulillah Azfar menjadi anak yang boleh diharapkan dan banyak membantu adik-adik dalam keluarga. Sebagai anak sulung, banyak pengorbanan kepada adik-adik dan sering perlu mengalah.

Apa yang Sop bangga dengan Azfar ialah beliau sangat ringan tulang dan mudah untuk membantu. Memang boleh diharap dalam keluarga. Semakin hari Azfar semakin berdikari dan semakin matang dalam banyak hal.

Dari segi pelajaran, Azfar banyak kejayaan walaupun kadang kala perlu diberi penekanan. Ada subjek yang sedikit lemah apabila perubahan subjek semakin sukar apabila di tahap dua persekolahan. Namun kami percaya Azfar boleh buat yang terbaik dan oleh sebab itu Azfar masih berada di kelas terbaik lagi.

Semoga Azfar terus membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan keluarga. Amin

2 comments:

  1. Alhamdulillah happy bornday anak soleh...teruskan berusaha untuk jadi permata yang menjaga PENCIPTA DAN RasulNya..pelindung agama dan ibu bapa...

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon