Auni mula bersekolah di tadika

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Yer! Auni telah bersekolah di tadika tahun ini. Walaupun baru berumur 4 tahun, kami telah mengambil keputusan Auni mengikuti pendidikan di tadika. Keputusan dibuat pada akhir tahun lepas selepas mengambil kira Auni yang berminat untuk berkawan dan memberi pendedahan awal tentang persekolahan.

Pada asalnya kami bercadang menghantar Auni ke tadika pada umur 5 tahun. 4 tahun dirasakan terlalu awal untuk Auni ke tadika. Soal keselamatan dan berdikari diambil kira untuk hantar ke tadika. Namun begitu setelah dipertimbangkan untuk beri pengalaman berkawan, belajar, berdikari dan sebagainya kami telah mendaftarkan Auni di tadika.

Tidak banyak tadika yang mengambil kanak-kanak berumur 4 tahun. Mungkin kerana pengurusan diri belum mantap dan sukar untuk menguruskan kanak-kanak. Namun begitu, Tadika Adik-adik menerima kanak-kanak berumur 4 tahun. Lebih penting, Tadika Adik-Adik ada menyediakan dua sesi iaitu pagi dan petang. Ketika ini, Auni masih ada masalah dengan bangun awal pagi dan kami juga tidak boleh hantar Auni lewat untuk ke tempat kerja. Tadika biasanya bermula pada jam 8.00 pagi. Jika kami hantar terlalu awal, masalah pula jika tiada guru di tadika berkenaan. Masalah juga dari segi keselamatan Auni nanti.


Pada Isnin lepas, bermula sesi persekolahan Auni di tadika. Amat teruja Auni untuk ke sekolah sehingga tidak lalu untuk minum susu dan makan! Sejak dulu lagi apabila ditanya hendak bersekolah, pasti Auni akan menjawab 'Ya!'

Pada minggu pertama ini, tadika mengadakan sesi orientasi yang mana persekolahan akan balik lebih awal 1 jam. Aktiviti juga hanya berbentuk bermain dan berkenalan sahaja. Setakat ini, Auni tiada masalah untuk mengikuti sesi orientasi yang diadakan. Malah Auni boleh bergaul dengan rakan sekelas dengan baik cuma masalah dari segi komunikasi kerana Auni agak kurang mahir bercakap. Banyak perkataan yang kurang boleh difahami. Huhuhu

Urusan pengangkutan juga berjalan lancar yang mana Auni akan menggunakan van sekolah yang ada di tadika tersebut. Dalam masa 2 hari ini, kami telah memantau perjalanan pergerakan ke sekolah pergi dan balik.

Semoga Auni akan seronok bersekolah dan dapat belajar dengan baik. Walaupun tadika pada umur 4 tahun lebih kepada 'fun learning', kami percaya banyak Auni boleh belajar dengan mengikuti tadika ini. Bukan akademik menjadi fokus utama.

Galeri gambar:




Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
05 January, 2016 23:54 delete

Alhamdulillah...step pertama mengenal alam sekolah..

Reply
avatar
07 January, 2016 15:22 delete

nampak besar untuk umur 4 tahun..mesti jadi ketua kelas ni :)

Reply
avatar
kamilsalleh 2
AUTHOR
08 January, 2016 11:45 delete

Wah Anak Sop tu, Auni dah mula bersekolah Diharap Adik Auni bergembira bersekolah dan belajar rajin-rajin.

Jom kunjungi entri saya:
Pengalaman Bersama ONEXOX

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
08 January, 2016 15:45 delete

2 org sahaja umur 4 tahun. yang lain semua umur 5 tahun. saiz lebih kurang sahaja :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
08 January, 2016 15:45 delete

2 org sahaja umur 4 tahun. yang lain semua umur 5 tahun. saiz lebih kurang sahaja :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
08 January, 2016 15:45 delete

setakat ni gembira betul Auni ke sekolah :)

Reply
avatar