Amani dengan kereta tolaknya

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Agak lama juga mood berblog hilang sehingga lama entri tidak ditulis. Bermula tahun baru ini, diharapkan semangat berblog kembali semula. Antara punca hilangnya semangat hendak menulis blog ialah laptop yang agak lembab kerana usia telah menjangkau 8 tahun. Bila buka laptop sahaja pasti terus hilang mood hendak menulis. Jika guna iPad pula agak sukar untuk memindahkan gambar dari telefon atau kamera. Iks, macam-macam alasan apabila malas kan? Huhuhu

Kembali kepada tajuk entri "Amani dengan kereta tolaknya" yang mana kereta tolak tersebut merupakan warisan zaman Azfar kecil lagi. Sangat tidak mengecewakan apabila beli permainan yang berjenama. Selepas Azfar, Azwar yang guna. Selepas itu, Auni pula dan seterusnya giliran Amani. Memang berbaloi-baloi kereta tolak tersebut. Setakat ini tiada sebarang masalah kecuali tiada bateri untuk bunyi dan lampu dihadapan.

Setelah Amani boleh duduk, baru kami keluarkan balik dari almari simpanan untuk digunakan. Setelah Auni besar, kereta tolak tersebut terus disimpan kerana tidak lagi digunakan.


Ketika ini, Amani masih belum mahir menggunakannya dan pengawasan penuh perlu dilakukan semasa menaiki kereta tolak tersebut. Jika tidak mungkin boleh jatuh. Ini kerana Amani belum mampu mengimbangi badan sepenuhnya ketika berada di atasnya. Kaki pun masih tidak berjaya menolak sendiri untuk gerakkan kereta tolak tersebut.

Tunggulah Amani mahir nanti pasti satu rumah dia ronda seperti berada di dalam walker.

Anda ada permainan yang cukup tahan bertahun-tahun? 




Previous
Next Post »