26 November 2015

Amani kena sawan secara tiba-tiba

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Selesai cucuk pada tangan dan sedia untuk masuk wad
Pada Jumaat lepas, Amani telah kena sawan secara tetiba. Kejadian berlaku di rumah pengasuh apabila dimaklumkan. Pada petang tersebut, kami terus pulang untuk melihat perkembangan Amani. Selepas itu, Amani hanya tidur mungkin kepenatan.

Selepas itu, tiada lagi berlaku sawan sehingga sebelah malam sebelum Amani tidur pada jam 9.30 malam. Amani sawan lebih kurang 1 minit sebelum kembali sedar. Ketika sawan, bibir Amani biru dan badan kejang. Kami hanya mampu baringkan Amani dan cuba panggil Amani sahaja. Ketika itu, hanya tuhan sahaja yang tahu kerisauan kami.

Seminit terasa sangat lama untuk Amani habis sawan tersebut. Sungguh lega apabila Amani habis sawan dan mula menangis. Selesai sawan, Amani akan mengantuk mungkin kerana kepenatan akibat sawan. Pada masa yang sama kami terus bersiap untuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada malam tersebut, kami terus ke Gleneangles Ampang. Amani telah diperiksa dan cadangkan dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Doktor ada bertanya sekiranya kami ada membuat rakaman video semasa berlaku sawan. Ketika cemas tersebut adakah kita terfikir untuk rakam video?

Sedihnya apabila mendengar suara Amani yang menangis semasa pemasangan wayar kemasukan air. Tangan yang kecil memang susah hendak mendapatkan urat! 15 minit juga Amani menangis sebelum selesai proses pemasangan wayar tersebut.

Perlu cucuk tangan sebelah kiri kerana jari kanan diperlukan untuk ubat tidur
Selesai urusan pendaftaran wad, Amani dimasukkan ke wad. Sop dan Mrs Sop turut tidur di Hospital malam tersebut. Jururawat telah memberi maklumat kepada kami mengenai sawan dan tindakan perlu dilakukan sekiranya berlaku sawan lagi. Antara info penting perlu tahu ialah jangan panik, pastikan Amani baring mengiring, ambil rakaman video dan panggil jururawat. Malam tersebut, kami bersedia dengan telefon sekiranya Amani terjadi sawan. Alhamdulillah, sepanjang malam Amani tidak terjadi sawan lagi.

Pada keesokan, doktor mencadangkan untuk membuat EG scan untuk melihat graf otak untuk pengesahan berlakunya sawan malangnya pegawai perubatan yang menguruskan mesin EG scan hanya bertugas pada hari biasa sahaja. Ini bermakna kami perlu tunggu sehingga hari Isnin! Sepanjang berada di wad, Amani akan dipantau mengenai kesihatan. Sepanjang 2 hari berada di wad, Amani tidak lagi terjadi sawan.

EG Scan sedang dilakukan
Pada hari Isnin, EG Scan telah dilakukan. Laporan mendapati terdapat kesan sawan pada otak kiri. Doktor mencadangkan membuat MRI untuk melihat keadaan otak Amani. Tujuan dibuat MRI untuk memastikan tiada punca sawan dari kecederaan otak atau juga kesan akibat sawan.

Pada pagi Selasa, MRI telah dilakukan dan Alhamdulilah keputusan tiada sebarang kecederaan kepada otak. Doktor mencadangkan tidak perlu mengambil sebarang ubat untuk kes sawan Amani. Ubat sawan bergantung kepada kekerapan berlaku sawan. Jika sangat kerap, adalah perlu untuk mengambil ubat sawan. Doktor membuat rumusan kes sawan Amani kategori "benign familial myoclonus epilepsy" iaitu punca dari keturunan. Berdasarkan rekod Mrs Sop yang pernah terjadi masa kecil dan Azfar juga pernah kena pada umur 8 bulan.

Sempat bermain di tapak permainan wad
Alhamdulillah, pada sebelah petang, Amani boleh keluar wad selepas doktor berpuas hati dengan laporan perubatan.

Semoga Amani tidak terjadi lagi sawan. Amin

6 comments:

  1. semoga amani sembuh dr sawan...aamiin

    ReplyDelete
  2. alahai kesiannya amani..apa punca sawan ye sop

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada punca berlaku. doktor klsifikasikan mungkin sbb keturunan atau punca yg x nampak
      sbb dr scan MRI, semua ok :)

      Delete
  3. anak sy yg berumur 8 thn juga pernah tetiba terkena sawan pd jam 1.30 pagi. Terkejut gak. Terus sy bawa dia ke ER. Alhamdulillah, esoknya dia sudah boleh berlari. doktor pun x tahu apa punca dia terkena sawan.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon