16 October 2015

Karnival SKTSR 2015

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Pada Sabtu lepas telah berlangsung Karnival SK Taman Seri Rampai (SKTSR) untuk tahun 2015. Karnival ini merupakan acara tahunan SK Taman Seri Rampai. Setiap tahun, pasti Azfar dan Azwar akan sertai karnival ini.

Pada tahun ini, terdapat aktiviti baru yang telah diadakan iaitu Charity Run yang bertujuan mendapatkan dana bagi tabung PIBG sekolah. Cabutan bertuah juga diadakan bagi kupon yang telah dibeli dengan hadiah menarik telah disediakan seperti basikal, barangan elektrik dan sebagainya.

Aktiviti lain turut ada di Karnival SKTSR 2015 ialah sukaneka bagi murid tahap 1, futsal bagi murid aras 2, gerai jualan, waterball, karaoke dan sebagainya.


Acara Karnival SKTSR 2015 telah bermula pada jam 7.30 pagi hingga jam 1.00 petang. Untuk berbelanja atau bermain permainan, pengunjung perlu mendapatkan set kupon yang dijual dengan harga RM5.

Oleh kerana padang SK Taman Seri Rampai sedang dinaiktaraf, ruang Karnival SKTSR agak terhad dan padat untuk tahun ini. Terdapat beberapa aktiviti tahun lepas tidak dapat diadakan tahun ini.

Tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mengadakan Karnival 2015 ini.

Galeri gambar:







6 comments:

  1. kreatifnya permainan air tu..masa suki kecik2 dulu sek tak buat gitu pung :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 x da lagi benda ni
      skrg semua dah ada.. huhuh

      Delete
  2. amboi aktiviti kokurikulum sekolah sekarang lagi macam2. Lagi best. Kita yang dah pencen sekolah ni pun teringin nak join sama ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dasyat skrg
      kalau x hebat, murid x nak g pula sbb pasar raya lg hebat
      huhuhu

      Delete


EmoticonEmoticon