10 September 2015

Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka

Pernah makan makanan laut di Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka?
Ini merupakan kali pertama Sop singgah makan di Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka ini. Sebelum ini, jika hendak makan makanan laut di Melaka Sop akan ke Alai atau Umbai. Kali ini, rakan pejabat yang berasal dari Melaka telah membawa kali ke Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka semasa urusan kerja tempoh hari.

Dari tempat penginapan kami di Hotel Seri Costa Melaka, perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Kami menggunakan aplikasi GPS Waze untuk memastikan tidak tersesat menuju ke Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka. Dari jalan utama, kami perlu melalui jalan kecil menuju ke Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka ini.

Tiba di Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka, pengunjung sangat ramai walaupun bukan malam minggu. Namun Sop puji sistem penyediaan meja oleh pihak Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka yang cekap dan cepat. Apabila mereka mendapat jumlah kumpulan yang hadir, meja dan kerusi terus disusun mengikut keperluan. Walaupun pengunjung ramai, masalah meja dan kerusi tidak menjadi masalah.

Untuk membuat pesanan makanan, pengunjung perlu ke kaunter untuk memilih pelbagai jenis makanan lauk dan jenis masakan yang diinginkan. Makanan laut tersebut boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak bungkus yang disediakan.

Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka

Setelah selesai membuat pesanan, kami menunggu makanan laut yang dipilih berdasarkan jenis masakan yang telah diminta. Tidak beberapa lama, hidangan siap dimasak dan kami boleh menjamu selera. Masakan sangat menyelerakan dan kami semua kekenyangan. Antara menu menjadi pilihan kami ialah siakap 3 rasa, kupang masak merah, sotong goreng bertepung, udang masak merah dan sayur kangkung. Kos keseluruhan ialah RM350.00 sahaja untuk 11 orang makan dengan kekenyangan. Harga sangat-sangat berpatutan!

Bagi yang ke Melaka, jangan lupa untuk singgah menjamu selera di Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka. Alamat adalah seperti berikut:
Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung
Jalan Padang Temu
75050 Melaka
012-636 2339
Galeri gambar:


Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka

Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka

Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka

Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka

Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka

Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka

Restoran Muara Sg. Duyung, Melaka

4 comments:

  1. Wah kupang masak merah..mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa suka kupang.. mmg sedap PC
      Sop kurang suka sikit :)

      Delete
  2. Makan kat sini memang best... Kalo kawan2 dtg Melaka mummy memang suggest kat sini je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ke
      mmg kena cadang kepada rakan2 :)

      Delete


EmoticonEmoticon