06 September 2015

Rambut Amani telah pendek

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Semalam rambut Amani telah dipendekkan oleh Sop menggunakan mesin rambut. Ini kerana rambut Amani telah dimakan bantal (istilah orang tua) yang mana rambut telah panjang tidak sekata. Ia menjadikan rambut Amani kelihatan tidak sekata.

Kami malas hendak cukur terus rambut Amani kerana nanti makan masa untuk panjang kembali. Ingat lagi Auni dulu sampai beberapa tahun baru nampak panjang. Ini kerana rambut Auni kerinting dan halus yang menjadikan sukar nampak rambut panjang.

Keadaan Amani juga sama yang mana rambutnya kerinting dan halus. Agak lama untuk nampak panjang nanti. Anak perempuan perlu rambut panjang untuk nampak comel bukan?

Sekarang ini, Amani nampak lebih bulat apabila rambut pendek. Huhuhu

Galeri gambar:








2 comments:

  1. Hehehe...amani montel..betul rambut kerinting payah nak panjang..bergulung saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, rambut dah panjang ttp x nampak panjang
      thx PC :)

      Delete


EmoticonEmoticon