Pengalaman Auni terkena jangkitan rotavirus

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ketika ke hospital
Auni mula muntah dan cirit bermula Jumaat lepas. Pada awal pagi bermula episod Auni muntah dan cirit tanpa henti. Mrs Sop telah bawa ke klinik pada pagi tersebut dan doktor telah memberi ubat angin dan muntah. Ketika itu, Sop masih berada di Johor urusan kerja.

Petang Jumaat Sop sampai ke rumah kelihatan Auni sangat lemah. Muntah dan cirit masih berterusan. Ketika itu Auni tidak lalu untuk makan kerana setiap kali makan pasti akan muntah. Begitu juga dengan minum. Setiap kali masuk makanan atau minuman akan muntah.

Tidur selepas penat muntah
Kami ingat Auni hanya keracunan makanan dan doktor maklumkan akan berhenti selepas 24 jam. Kami hanya pastikan Auni sentiasa minum untuk mengelak hydrasi badan.

Pada hari Sabtu, keadaan masih sama yang mana Auni terus muntah dan cirit. Badan mula dedar dan demam. Oleh kerana lapar, Auni terus minum air dan susu. Malangnya setiap kali minum pasti akan muntah. Malamnya Auni tidak dapat tidur. Sop telah belikan air 100 plus dan vitegen untuk pastikan Auni sentiasa hendak minum. Ketika ini, badan Auni telah susut dan mata nampak dengan jelas cengkung. Memang sedih sangat lihat Auni ketika itu. Oleh kerana telah malam, kami mengambil keputusan membawa Auni pada keesokan harinya.

Mata yang kencung dan tidak bermaya
Awal pagi Ahad, kami terus membawa Auni ke Gleneagles Kuala Lumpur. Pemeriksaan mendapati Auni demam dan badan telah kering kerana kekurangan air. Doktor terus cadangkan masuk air dan berada di wad. Darah dan najis diambil untuk ujian.

Letak kain basah untuk turunkan suhu badan
Urusan pendaftaran wad selepas selepas mendapat kelulusan insurans.

Pada hari pertama, Auni masih lemah dan cirit masih berterusan. Auni langsung tidak mahu makan dan minum. Namun oleh kerana air telah dimasukkan, kami tidak perlu risau masalah hydrasi badan. Dalam masa yang sama, ubat turut diberikan iaitu ubat muntah, demam, sakit perut dan lain-lain.

Pada hari kedua di wad, Auni semakin kurang muntah. Keputusan darah mengesan rotavirus dalam badan Auni punca berlakunya cirit dan muntah. Doktor memaklumkan rotavirus tiada vaksin untuk merawatnya. Ia perlu sembuh sendiri dan memakan masa lebih kurang seminggu untuk sembuh. Ujian darah juga menunjukkan keputusan urea sangat tinggi iaitu 19.4. Kadar normal urea dalam darah ialah bawah 4.9 sahaja. Ia menunjukkan toksin dalam badan sangat tinggi kerana buah pinggang tidak berfungi. Apabila air dalam badan kurang, buah pinggang tidak akan memproses air. Auni juga tidak kencing.

Sehingga malam, Auni tidak kencing. Lagi pula, urin diperlukan untuk membuat ujian. Kami agak risau juga apabila Auni tidak kencing dan ia tidak elok untuk kesihatan. Doktor telah menukar jenis air yang dimasukkan dan memberi ubat untuk pastikan Auni kencing. Setelah penat menunggu, akhirnya Auni kencing dan cirit juga.

Bawa jalan-jalan dan beli buku mewarna
Pada hari ketiga, darah Auni diambil untuk ujian seterusnya. Keputusan sangat baik yang mana urea telah berkurangan ke paras normal. Kami menarik nafas lega. Auni juga telah menunjukkan perubahan. Cengkung telah berkurangan dan kulit tidak lagi kering menunjukkan masalah hydrasi telah berkurangan. Auni mula minum sikit-sikit tetapi masih tidak lalu untuk makan. Tidur pun semakin nyenyak dan lama. Mungkin ganti kembali tidur yang tidak lena beberapa hari yang lepas.

Mula ada selera makan pada hari ketiga
Pada hari keempat, Auni semakin segar dan lalu untuk makan. Sop telah bawa Auni berjalan-jalan di luar wad dan luar hospital. Ketika ini, demam telah sembuh. Pada tengah hari, Sop cuba minta untuk balik rumah dengan hospital kerana Auni kelihatan telah sembuh. Namun oleh kerana semalam Auni masih cirit beberapa kali, doktor menasihatkan untuk terus berada di wad. Ini memastikan air terus dimasukkan lagi kerana Auni masih kerap cirit. Pada sebelah malam, Auni telah cergas sepenuhnya dan cirit telah berkurangan.

Lebih segar dan mampu bermain pada hari ke 4
Pada hari kelima, akhirnya Auni dibenarkan pulang oleh doktor. Urusan keluar wad telah selepas pada jam 5.30 petang. Hari ini Auni telah sembuh sepenuhnya dan tiada lagi cirit. Syukur Alhamdulillah.

Sedia untuk balik rumah
Tips mengenali rotavirus
Bagi membezakan masalah rotavirus dengan keracunan adalah seperti berikut:

  • Muntah dan cirit berlanjutan melebihi 24 jam
  • Najis yang sangat busuk (ada bau yang tersendiri)
  • Kesan hydrasi yang cepat iaitu kulit kering dan kurus
  • Demam
Rotavirus beri impak yang besar bagi kanak-kanak bawah 5 tahun. Orang dewasa boleh juga kena tetapi kesan tidak teruk berbanding kanak-kanak.

Ketika di Gleneagles Kuala Lumpur, bayi rakan sebilik juga terkena rotavirus. Beliau telah 4 hari berada di situ. Selepas anak beliau dapat keluar hospital, ada lagi yang masuk kerana rotavirus juga. Ini bermakna memang ramai bayi yang terkena rotavirus.

Untuk makluman, bagi bayi yang berusia 3 bulan ke bawah boleh diambil antibodi rotavirus dan dapat melindungi bayi selama 5 tahun.

Semoga selepas ini, tiada anak Sop yang terkena rotavirus dan penyakit lain.

Letih juga selama 4 hari Sop berada di hospital menjaga Auni. :)
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
06 September, 2015 22:27 delete

Alhamdulillah..moga terus sihat ye..

Reply
avatar