23 September 2015

Canva - Web photo editing

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Canva - Web photo editing

Sop telah dihubungi oleh pihak Canva untuk memperkenalkan aplikasi Canva ke entry Web photo editing. Bagi yang tidak mempunyai aplikasi photo editing pada komputer, aplikasi web photo editing sangat membantu untuk mengubahsuai gambar anda.

Setelah dihubungi oleh pihak Canva, Sop telah mencuba aplikasi tersebut. Pada mulanya malas juga juga kerana pengguna perlu daftar untuk menggunakan aplikasi tersebut. Namun ia mudah sahaja untuk daftar kerana pengguna boleh memilih untuk daftar masuk menggunakan akaun Facebook atau Google dengan satu klik sahaja. Setelah log masuk, pengguna baru mendapat akses membuat photo editing.

Aplikasi photo editing Canva ini menarik dan berguna kepada pengguna. Sop berkongsi maklumat aplikasi Canva ini kerana ia sangat sesuai dan mudah kepada semua.

Canva - Web photo editing

Untuk membuat design, aplikasi Canva telah menyediakan template untuk dipilih sama ada untuk sosial media, dokumen, iklan, blogging, ebook dan sebagainya. Pengguna juga boleh untuk memilih saiz mengikut kehendak sendiri.

Setelah memilih template, pengguna akan ke worksheet yang mana proses editing boleh dilakukan. Paling menarik ialah, pelbagai design, ikon, logo, text yang boleh dipilih pengguna dalam aplikasi Canva ini. Kebanyakkan adalah percuma kecuali yang premium kena berbayar. Pengguna juga boleh upload gambar sendiri yang terdapat dalam komputer untuk tambahan atau untuk diubahsuai.

Canva - Web photo editing


Setelah siap design, pengguna boleh download gambar tersebut atau share ke media sosial. Dalam aplikasi Canva juga disediakan pilihan simpan gambar secara public untuk pengguna lain boleh lihat hasil pengguna di menu Stream!

Canva - Web photo editing
Design siap!

Canva - Web photo editing
Tutorial permulaan penggunaan Canva

Canva - Web photo editing
Penggunaan yang mudah dan mesra pengguna
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Canva ini, sila layari http://www.canva.com

2 comments:


EmoticonEmoticon