30 September 2015

Berada di Hotel Concorde Shah Alam

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Pernah menginap di Hotel Concorde Shah Alam?
Ini merupakan kali pertama Sop berada di Hotel Concorde Shah Alam atas urusan kerja. Sebelum ini, Sop hanya pernah beberapa kali menginap di Hotel Concorde Sepang sahaja. Konsep Concorde Shah Alam dengan Concorde Sepang sangat berbeza sekali yang mana di Concorde Shah Alam lebih ekslusif.


Hotel Concorde Shah Alam menyediakan bilik yang selesa dengan konsep bisnes atau pejabat di dalam bilik. Terdapat sudut bekerja di dalam bilik dengan dilengkapi network internet! Namun begitu, untuk mendapat speed internet laju, bayaran dikenakan. Bilik sangat kemas dan bersih!


Permandangan dari bilik juga sangat menarik! Bilik Sop mengadap terus ke Masjid Shah Alam.

Sop juga sangat suka pilihan makanan di Hotel Concorde Shah Alam. Ia menyediakan pelbagai jenis menu dan hidangan juga sedap! Memang berbaloi untuk makan di Hotel Concorde Shah Alam!


Selain itu, Hotel Concorde Shah Alam menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung seperti kolam renang, TV siaran Astro, set minuman dan sebagainya.

Secara keseluruhan, Sop sangat berpuas hati dengan Hotel Concorde Shah Alam ini. Kepada rakan-rakan yang ingin menginap di Shah Alam, bolehlah pilih Hotel Concorde Shah Alam. Hotel yang hebat, harga pun hebat bukan?

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Concorde Shah Alam, sila layari laman web shahalam.concordehotelsresorts.com/

Gambar:







6 comments:


EmoticonEmoticon