05 September 2015

Amani suka tidur meniarap

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Sejak Amani boleh meniarap bulan lepas, cara tidur pun mula berubah. Untuk tidur, Amani akan meniarap dan memasukkan jari ke dalam mulut.

Pada mulanya sekali sekala sahaja tetapi sekarang menjadi trend Amani tidur. Sekiranya semasa tidur tidak dapat meniarap, pasti akan terjaga untuk meniarap. Oleh itu, kami perlu sentiasa pastikan ada ruang untuk Amani pusing.

Walaupun begitu, kami kadang kala pusing kembali Amani ketika tidur jika terlalu lama meniarap takut akan sakit badan.

Atas katil kami terpaksa mengepung Amani dengan bantal kerana beliau telah boleh mengelunsur ketika meniarap. Walaupun tidak mahir lagi tetapi tetap bergerak apabila terpusing-pusing ketika meniarap. Untuk keselamatan, kami kerap juga memasukkan Amani ke dalam baby court ketika tidur.

Sekarang ini, kami tidak sabar menunggu Amani merangkak pula.  Huhuhu
Huhuhu

4 comments:

  1. alhamdulillah..bila selesa tidur pun lebih lama..kan Amani..

    ReplyDelete
  2. Sama la dengan anak saya..lagi nak kena kepung katil juga. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la kan selagi anak kecik2 ni.. huhuh
      thx Ajuya

      Delete


EmoticonEmoticon