17 September 2015

Amani boleh duduk dalam walker


Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Walker sangat membantu bayi untuk belajar berjalan dan berada di dalam walker bayi mudah bergerak. Kawalan pergerakan bayi juga lebih mudah dan juga selamat.

Baru-baru ini kami telah membeli walker untuk Amani. Biasanya walker boleh bertahan untuk seorang anak sahaja. Bukan rosak tetapi rupa walker sudah tidak macam walker. Huhuhu.

Semasa beli, Amani masih tidak kuat untuk duduk. Jika letak pasti kepala ke hadapan cium bahagian depan walker. Ini kerana badan tidak kuat dan kawalan badan belum baik.

Sekarang ini, Amani telah boleh duduk tetapi kaki pula belum sampai. Jenama yang Sop beli ini agak tinggi walaupun telah laras di paling bawah. Sebelum ini pernah guna walker sepupu Amani boleh pula kaki sampai ke lantai dan mampu menolak bergerak. Namun walker tersebut design lain.

Oleh kerana belum boleh bergerak, Amani apabila berada di walker hanya akan bermain butang yang ada pada padan depan walker. Kami pun hanya letak Amani sekejap-sekejap sahaja. Tulang Amani belum kuat untuk duduk lama. Lagi pun Amani akan bosan jika berada lama di walker.

Nanti apabila Amani telah sampai kaki, baru boleh bergerak bebas di dalam rumah. Banyak pula ruang perlu dikosongkan nanti. Huhuhu



11 comments:


EmoticonEmoticon