26 July 2015

Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Amani

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Acara menggunting rambut

Pada 3 Syawal yang lepas, telah berlangsung Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Amani di kampung Sop. Majlis yang dirancang semasa Ramadhan telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis ini.

Kambing sedia untuk di sembelih

Kambing telah Sop beli dari bapa saudara Sop dengan harga tajaan. Jika harga sebenar kambing tersebut jauh lebih tinggi. Lagi pula, untuk mendapatkan kambing jantan yang cukup umur memang agak sukar berbanding kambing biasa. Urusan pencarian kambing telah dibuat oleh ayah Sop.

Sedang menyediakan pulut kuning

Urusan persiapan majlis ini telah bermula pada petang raya kedua yang mana kami telah ke Mydin Mall Kuala Terengganu untuk mendapatkan barang keperluan majlis. Pada pagi raya ketiga, baru persiapan sebenar dibuat. Pada pagi tersebut, kambing aqiqah telah disembelih oleh ayah Sop sendiri.

Selepas itu, Sop bersama ayah ke Pasar Payang untuk mendapatkan barang keperluan lain seperti ayam, ikan, sayur, buah dan lain-lain. Sementara itu, urusan persiapan dan memasak giat dilakukan yang dibantu oleh ahli keluarga dan sanak-saudara.

Pada sebelah petang, semua persiapan telah selesai sepenuhnya.

Berzanji

Majlis Cukur Jambul bermula selepas Solat Isyak dengan berzanji dan bacaan doa. Selesai majlis tersebut, semua hadiri dijemput menjamu selera. Hidangan yang disediakan ialah gulai kambing, ayam masak merah, singgang ikan tongkol dan acar.

Menjamu selera

Alhamdulillah, semua telah selesai dan majlis berjalan lancar. Kerja-kerja mengemas dilakukan pada malam tersebut kerana pada pagi esok Sop akan balik ke Kuala Lumpur.

Sekali lagi, Sop merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada mak, ayah, adik beradik, sanak saudara dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

Galeri gambar:





8 comments:

  1. Alhamdulillah selesai majlih aqiqah amani..walaupun sunnat hukumnya..tapi sunnat yang dituntut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu @Perdu CInta
      Alhamdulillah semua selesai dah :)

      Delete
  2. alhamdulillah selesai tanggungjawab. sedap pulut kuning :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Terima kasih @Clovers Honey

      Delete


EmoticonEmoticon