Cucuk Amani untuk bulan ke 3



Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pagi semalam, telah selesai untuk cucuk Amani yang bulan ke 3 di Klinik Kesihatan Setapak. Jadual cucuk Amani terlewat hampir sebulan kerana pada awal kelahiran Amani mengalami masalah kuning. Untuk cucuk bulan pertama telah tertangguh sehingga habis kuning.

Amani sekarang telah memasuki umur 4 bulan. Setakat kini, perkembangan Amani sangat positif. Berat Amani sekarang telah 6.5kg dan tinggi 61cm.

Amani masih lagi menyusu badan sepenuhnya.

Selepas cucuk semalam, Amani agak demam sedikit kesan sampingan cucuk. Namun pihak klinik telah beri ubat demam siap-siap. Agak pandai Amani sekarang untuk tidak makan ubat dengan mula meluahkan balik ubat apabila diberi.

Semoga Amani terus membesar dengan sihat dan dilimpahi kesejahteraan dalam keluarga kami. Amin
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
31 July, 2015 11:36 delete

Amani...bambam kamu...moga demam segera pergi...sekejap dah 4 bulan..teruskan dengan bf ye..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
31 July, 2015 15:40 delete

terima kasih @Perdu Cinta

Reply
avatar