13 July 2015

Bermain bunga api

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Aidilfitri yang semakin hampir, kanak-kanak mula teruja untuk bermain bunga api. Tidak terkecuali anak-anak Sop yang juga tidak ketinggalan untuk bermain bunga api.

Bunga api ini bukan Sop yang beli tetapi atuk dan nenek mereka yang belanja. Disamping mercun pop yang cukup popular sekarang ini. Kalau Sop memang susah sikit hendak beli bunga api ini untuk Anak-anak. Memandangkan telah ada, Sop layan sahaja mereka untuk bermain.

Kawasan bermain kurang sesuai tetapi itu sahaja kawasan yang ada. Bermain di tepi tangga pengudaraan memang kurang baik menyebabkan asap berkumpul. Oleh itu, memang catu bunga api untuk mengelak dari asap yang terkumpul lebih teruk.

Bunga api dan mercun sangat mahal sekarang ini. Teringat zaman Sop kecil dulu, bunga api dan mercun sangat murah. Kemudian dapat bermain dengan rakan sekampung dan sangat meriah. Malam tujuh liur, kami semua sibuk akan memasang pelita buatan sendiri dari tin susu dan juga buluh.

Anak-anak tidak dapat merasa semua itu sekarang. Balik ke kampung dapat bermain bunga api di halaman rumah tetapi tiada kemeriahan pelita minyak tanah lagi.

Tunggu balik kampung Sop nanti baru update gambar bermain bunga api lain pula :)

2 comments:

  1. Lampu pelita itulah sebenarnya penyeri raya...makam raya...indahnya..malam pasang 10 pelita tengok pagi tinggal 8..aaikkk rupanya 2 hangus terbakar..pelita bakar diri sendiri...mungkin kecewa sangat agaknya...hihihi...rindu nak main bunga api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Perdu Cinta
      Tunggu malam raya nak pasang pelita lah :)

      Delete


EmoticonEmoticon