Bermain bunga api di kampung

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Alhamdulillah kami telah selamat sampai di kampung Sop tengah hari tadi. Perjalanan dari KL bermula selepas solat subuh. Perjalanan perlahan dari tol Gombak sehingga Tol Karak tetapi lancar apabila memasuki LPT.

Malam ini, anak-anak mula bermain bunga api walaupun belum malam raya. Suasana kampung telah memberi mood raya lebih awal.

Kami hanya bermain sekejab sahaja sementara menanti waktu Isyak untuk ke masjid bagi menunaikan solat Isyak dan terawikh. Pejam celik dah malam terakhir Ramadan rupanya.

Malam esok boleh bermain bunga api lagi dan lebih meriah kerana sudah malam raya. Pelita minyak tanah esok lah beli kalau ada jumpa yang jual. Baru suasana lebih klasik dengan pelita minyak tanah bukan?

Galeri gambar:









Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
16 July, 2015 00:43 delete

Wahh seronok beronok ronok ni..hati hati ye..tengok kawan kanan kiri..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
16 July, 2015 05:19 delete

Terima kasih @perdu cinta :)

Reply
avatar
riza afzan
AUTHOR
17 July, 2015 02:26 delete

Wah,cantik pic terakhir tu bila pakai slow shutter...jenuh gak nak pegang..tapi itu la, bagi kanak-kanak, part main bunga api la yang dorg tunggu-tunggu..kita yg dewasa just perlu monitor je..kalo x, ada la sel-sel otak yang akan terlebih berhubung nanti..heheheh

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
24 July, 2015 09:53 delete

hahaha.. betul tu @riza, kalau x pantau mmg lain jadinya
tripod hilang tapak jd x byk gambar slow shutter dapat shoot :)

Reply
avatar