09 July 2015

Amani telah pandai hisap jari

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Antara perkembangan bayi ialah hisap jari tangan sendiri. Sebelum ini, Amani telah mula hisap jari tetapi kurang pandai. Biasanya hanya kena sikit jari atau isap mana-mana jari ikut dapat sahaja.

Dalam minggu ini, Amani kelihatan telah pandai memilih jari dan masuk sepenuhnya dalam mulut. Dengan keupayaan ini, Amani boleh tidur dengan sendiri dengan hanya dengan menghisap jari.

Anak-anak Sop sebelum ini semua hisap jari dan akan berhenti apabila berumur satu atau 2 tahun. Paling lama kalau tidak salah ialah Azfar yang suka hisap jari sampai kecut ibu jari beliau. :)

Anda masih ingat masa kecik ada isap jari atau tak?
Sop memang tidak ingat. Hahaha




EmoticonEmoticon