08 July 2015

Amani telah berusia 3 bulan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Pantas betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik rupanya Amani telah berusia lebih 3 bulan. Rasanya bagai baru sahaja Amani lahir menyertai keluarga kami.

Perkembangan Amani sangat baik dan membesar dengan sihat. Ketika lahir berat hanya 2.7kg dan kini telah menjangkau 5kg lebih. Badan pun telah mula berketul-ketul dan pipi bagaikan ada bola pingpong.

Paling penting Amani tidak banyak masalah sepanjang 3 bulan ini kecuali baru ini sedikit demam dan selsema. Kami telah bawa ke klinik dan mendapat sedikit ubat demam. Walaupun kecil agak susah juga Amani untuk makan ubat. Maklum sahaja, ubat bukan benda yang sedap untuk ditelan :)

Berada di rumah pengasuh ketika kami bekerja juga tidak menjadi masalah. Pengasuh tidak memberi sebarang maklumbalas negatif berkaitan Amani. Alhamdulillah Amani memudahkan urusan kami semua. Sekiranya kenyang atau cukup tidur, tiada masalah untuk Amani santai memerhati keadaan sekeliling dan kemudian tidur.

Semoga Amani akan terus membesar dengan sihat dan menjadi mengembiran keluarga. Amin


EmoticonEmoticon