Jalan-jalan ke Cameron Highlands

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Cuti sekolah telah bermula, pasti ada aktiviti percutian yang anda telah rancang. Bagi mereka yang mempunyai anak bersekolah, ketika ini adalah masa yang sesuai untuk bercuti. Berbeza dengan mereka yang bujang atau belum mempunyai anak bersekolah, bila-bila masa boleh bercuti. Betul tak? huhuhu

Untuk cuti sekolah kali ini, kami tidak merancang percutian tetapi sekadar idea muncul untuk berjalan-jalan ke Cameron Highlands. Kali terakhir kami ke sana ialah pada 6 tahun yang lepas. Ketika itu, Azfar dan Azwar masih kecil.


Sebelum ini, Azfar dan Azwar ada terbaca tentang ladang teh dari majalah dan mereka ingin melihat ladang teh. Sambil berjalan-jalan, Azfar dan Azwar boleh melihat sendiri ladang teh dan kilang ladang teh yang terdapat di Cameron Higlands.

Perjalanan bermula pada jam 8.30 pagi pada Ahad lepas dan kami telah singgah bersarapan di Hentian Tapah. Dari Kuala Lumpur kami menggunakan laluan Simpang Pulai ke Cameron Highlands kerana perjalanan lebih selesa berbanding Tapah yang jalan lebih berselekoh. Perjalanan lancar sehingga ke Cameron Highlands. Kami singgah di gerai jualan di tepi jalan sebelum singgah ke Ladang Teh Boh yang terlepak di Sungai Palas. Cuaca petang tersebut hujan dan panas.


Selesai melawat Ladang Teh Boh, baru kami mencari hotel untuk penginapan. Kami telah memilih hotel bajet di Brinchang berhampiran dengan kawasan pasar malam Brinchang. Kawasan tersebut terdapat banyak hotel termasuk hotel bajet.

Kami telah menginap di Kavy Hotel dengan bilik 2 katil besar. Cukup untuk penginapan kami sekeluarga. Kos juga berbaloi dengan percutian bajet kami. Bilik hotel dilengkapi dengan TV dan water heater. Tidak mewah tetapi agak selesa :)


Selesai daftar hotel, kami berjalan ke tapak jualan pasar malam. Terdapat banyak barang jualan termasuk gerai makanan.


Pada malamnya, kami hanya melepak di hotel kerana cuaca hujan sepanjang malam.

Pada keesokkanya kami mula bertolak ke Ladang Teh Barat Group selepas bersarapan. Selesai menghayati keindahan ladang teh tersebut, kami mula bergerak pulang. Semasa perjalanan, kami singgah di gerai jualan yang terdapat di laluan balik dan juga kedai menjual pokok hiasan termasuk bunga. Perjalanan kami agak perlahan kerana terdapat banyak kawasan jualan Cameron Highlands agak sesak dengan pengunjung.


Walaupun percutian ini agak singkat tetapi cukup untuk kami bersiar-siar sekitar Cameron Highlands. Namun jika ditanya Azfar dan Azwar, masing-masing tidak mahu lagi ke Cameron Highlands kerana jalan yang memeningkan. Hahaha

Bagi yang ingin merancang percutian ke Cameron Highlands, boleh lihat-lihat promosi hotel melalui Agoda. Terdapat banyak tawaran menarik di samping boleh melihat review hotel terlebih dahulu. :)


Galeri gambar:









Previous
Next Post »