Amani telah berusia sebulan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Masuk bulan Mei, ini bermakna Amani telah melangkau usia sebulan. Alhamdulillah, sepanjang tempoh sebulan ini tiada masalah perkembangan Amani kecuali masalah kuning yang lambat surut. 15 hari juga kami terpaksa ke klinik dan HKL untuk memantau peremkembangan kuning Amani.

Setelah doktor memaklumkan tidak lagi pemeriksaan kuning, agak lega juga kami kerana tidak perlu lagi ke klinik. Paling lega Amani tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun telah dikategori sebagai 'long jaundice'.

Selain itu, tiada masalah yang kami alami dengan Amani. Amani membesar dengan baik setakat ini dan semoga terus membesar dengan sihat.

Ketika ini Amani memang masih banyak tidur. Hanya bangun apabila lapar. Dapat tengok mata sekejab sahaja kemudian akan sambung tidur. Kadang-kadang ada juga masa Amani tidak mahu tidur tengah malam atau awal pagi. Memang cabaran juga apabila tengah mengantuk melayan kerenah Amani. Tetapi itu adat dalam keadaan ada anak kecil bukan? Hahaha

Galeri gambar:


Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
NARDtheNERD
AUTHOR
07 May, 2015 18:22 delete

comelll nya. muaahhh ciked :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
12 May, 2015 14:05 delete

terima kasih @NArd :)

Reply
avatar
Atasha
AUTHOR
16 May, 2015 19:49 delete

mcm anak sedara saya ,haha visit blog sy juga ubat kencing manis

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
21 May, 2015 12:16 delete

terima kasih Atasha :)

Reply
avatar