Selamat datang ahli baru keluarga kami

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Setelah 9 bulan menanti, akhirnya ahli keluarga terbaru kami telah lahir dengan selamat. Syukur kepadaNya kerana telah memudahkan urusan kelahiran anak ke 4 kami.

Tanda kehadiran telah bermula apabila Mrs Sop keluar air ketumban di pejabat lagi. Ketika itu, Sop dalam perjalanan mengambil Mrs Sop di pejabat.

Tarikh jangkaan yang diberikan doktor ialah 11 April 2015 bermakna awal seminggu dari jangkaan. Namun begitu, kami telah bersedia menanti kelahiran ahli keluarga terbaru.

Dari pejabat, kami sempat balik ke rumah untuk mengambil barang keperluan dan selesaikan urusan anak-anak yang lain. Kami tiba di HKL jam 8.00 malam dan jam 10.00 Mrs Sop dimasukkan di wad kerana bukaan baru 3 cm sahaja. Namun pada jam 12.11 pagi, baby telah berjaya bersalin dan ia diluar jangkaan doktor yang anggarkan pagi esok baru akan bersalin.

Namun begitu, semua urusan berjalan lancar dan tanpa sebarang masalah. Bayi dan Mrs Sop selamat dan keadaan sihat.

Alhamdulillah kini keluarga kami semakin besar. Semoga semakin ceria keluarga kami dengan ahli semakin ramai ini :)

Terima kasih kenapa semua keluarga dan sahabat yang mendoakan yang terbaik.
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Normi Nieza
AUTHOR
02 April, 2015 12:22 delete

alhamdulillah..tahniah..:)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
02 April, 2015 20:53 delete

Syukur...syukur..syukur..tahniah..

Reply
avatar
anakMommy
AUTHOR
03 April, 2015 16:06 delete

tahniah...anakmami pun baru dapat baby baru.....

Reply
avatar
Fuza Musa
AUTHOR
05 April, 2015 21:39 delete

Alhamdulillah....

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
09 April, 2015 23:46 delete

terima kasih cik nor :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
09 April, 2015 23:47 delete

terima kasih perdu cinta :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
09 April, 2015 23:48 delete

terima kasih
tahniah buat anak mami juga :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
09 April, 2015 23:48 delete

terima kasih sis fuza

Reply
avatar