Baby Amani kuning (Jaundis)

Kaki menjadi temp

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Amani merupakan ahli keluarga kami yang terbaru. Hari ini merupakan hari ke 4 kelahiran dan semalam jururawat masyarakat telah melawat Amani di rumah. Hasil pemeriksaan didapati terdapat tanda-tanda Amani sedikit kuning dan perlu buat pemeriksaan darah. Pada petang tersebut kami terus ke klinik kesihatan Taman Seri Rampai untuk pemeriksaan darah.

Nama baby Amani adalah nama belum rasmi. Kami belum lagi membuat pendaftaran nama. Buat masa ini, pendaftaran untuk pemeriksaan bayi menggunakan nama Mrs Sop dahulu :)

Catatan pemeriksaan darah semalam ialah 186 tahap kekuningan Baby Amani.  Berdasarkan maklumat doktor, ia tidak serius tetapi perlu dipantau untuk memastikan tidak mencapai tahap kritikal kekuningan tersebut.

Hari ini, kami perlu membuat pemeriksaan lagi tetapi klinik kesihatan tidak buka dan oleh itu kami perlu ke Hospital Kuala Lumpur. Tahap kekuningan Baby Amani untuk hari ini ialah 216. Doktor memaklumkan ia diparas normal bagi umur dan berat bayi tetapi perlu pemantauan. Hari Isnin kami perlu ke klinik untuk melihat perkembangan kuning Baby Amani.

Biasanya jika tahap tinggi kuning ialah melebihi 300 dan ia perlu ditahan dalam wad untuk dipasang lampu ungu. Semoga Baby Amani tidak sampai tahap tersebut.

Doktor pesan untuk memastikan Baby Amani minum banyak susu dan pastikan aktif. Sekiranya tidak aktif, Baby Amani perlu dibawa ke Hospital esok untuk pemeriksaan.

Semoga Baby Amani cepat sembuh. Amin
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
timm bill
AUTHOR
04 April, 2015 22:01 delete

amin, anak sedara timm pun lepas lahir kna kuning..alhmdulillah dah lega sekrng..3 bulan dah pun :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
09 April, 2015 23:42 delete

tahniah timm
mmg susah hati kalau baby sakit :)

Reply
avatar