Sport rim kereta murah di Rawang?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sport rim kereta murah di Rawang?

Apabila berbicara tentang sport rim kereta, pasti ramai akan mencadangkan Rawang atau Kelang sebagai destinasi untuk mendapat harga yang terbaik.

Berdasarkan pengalaman peribadi, Sop telah meninjau harga sport rim kereta di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapatkan harga terbaik. Namun apabila ke Rawang, terkejut apabila harga ditawarkan jauh lebih murah. Lagipun harga rim dan tayar diberikan adalah berdasarkan bajet yang Sop inginkan. Sangat berbaloi walaupun perlu ke tempat jauh sedikit berbanding beli di Kuala Lumpur.

Sport rim kereta murah di Rawang?

Di Pekan Rawang, terdapat beberapa kedai rim kereta yang besar. Berdasarkan review blog, harga lebih kurang sama sahaja dan berbeza hanya perkhidmatan yang disediakan baik atau sebaliknya. Sop telah singgah di kedai yang pertama jumpa apabila sampai di Pekan Rawang dan terus beli di situ.

Pilihan sport rim juga pelbagai jenis dan memang rambang mata juga untuk memilihnya. Nasib baik dalam fikiran telah ada design yang hendak jadi tidak sukar untuk mendapat cadangan dari kedai tersebut.

Bagi anda yang ingin mendapatkan sport rim kereta, bolehlah beli di Rawang. Walaupun sedikit jauh jika dari Kuala Lumpur tetapi harga sangat berbaloi :)

Sport rim kereta murah di Rawang?

Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
15 July, 2015 10:31 delete

salam, apa nama kedai? range harga? :D

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
24 July, 2015 10:17 delete

lupa nama kedai bro
kedai paling tepi sebelah balai polis :)
harga mcam2 ada ikut bajet bro

Reply
avatar
anonymus
AUTHOR
26 March, 2016 19:48 delete

keta hitam tu toyota wish ke tuan?

Reply
avatar