08 March 2015

Snap gambar dalam air dengan Z3

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Snap gambar dalam air dengan Z3

Ini merupakan percubaan pertama mengambil gambar di dalam air menggunakkan Sony Xperia Z3 walaupun agak lama juga telah menggunakannya. Pertamanya agak risau juga untuk mencuba kerana berdasarkan review, ada Sony Xperia Z3 yang tidak berjaya kalis air dan terus rosak. Risau juga tetiba rosak walaupun dalam jaminan tetapi proses hendak hantar ke Sony Center kemudian tiada telefon lagi. Namun jika hendak cuba, baik cuba ketika dalam tempoh jaminan bukan?

Alhamdulillah, telefon berfungsi dengan baik ketika snap gambar di dalam air. Imej yang dirakam juga memuaskan. Selepas ini, Sop tidak perlu risau jika berada dalam hujan kerana telah pasti telefon kalis air :) Jika hendak rakam gambar dalam air, bukan selalu Sop mandi manda bukan? Kalau kena hujan ketika balik kerja agak selalu juga :)

Setakat ini, Sop sangat berpuas hati dengan Sony Xperia Z3 terutama kamera yang sangat cemerlang. Hendak rakam gambar levitation pun tiada masalah dengan Sony Xperia Z3 ini. Malah gambar low light juga sangat memuaskan.

Bagi yang berminat dengan Sony Xperia Z3, tidak rugi untuk anda mendapatkannya.

Galeri gambar:

Snap gambar dalam air dengan Z3

Snap gambar dalam air dengan Z3

Snap gambar dalam air dengan Z3


EmoticonEmoticon