Minat dengan Sony Xperia Z3

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Sony Xperia Z3 bukan lah telefon yang asing lagi kerana telah dilancarkan tahun lepas lagi. Bermula dengan Sony Xperia Z kemudian Sony Xperia Z2 dan kini Sony Xperia Z3 memang menawan. Rasanya ramai juga yang meminati Sony Xperia Z3 ini.

Sop telah lama meminati Sony Xperia Z3 tetapi bajet belum ada untuk memilikinya. Kalau mampu, sekarang juga Sop pergi beli. Hahaha

Kenapa Sop minat dengan Sony Xperia Z3?
Perkara utama menjadi piliihan Sony Xperia Z3 ialah ia kalis air. Sekarang ini, menjadi masalah kepada mat rempit seperti Sop ialah apabila hujan. Perkara utama yang hendak diselamatkan ialah telefon bimbit. Risau sangat apabila hujan lebat dan pasti akan beri masalah jika telefon bimbit terkena air. Kalau pakai Sony Xperia Z3, tidak perlu risau lagi masalah hujan :)


Perkara kedua Sop minat dengan Sony Xperia Z3 ialah kameranya yang mantap. Kamera 20MP dan ciri penting lain sangat membantu untuk merakam gambar-gambar menarik. Jika blogger memang penting untuk mendapatkan gambar-gambar cantik untuk blog terutama jika tidak bawa DSLR.

Yang ketiga Sony Xperia Z3 lebih berbentuk bulat dihujungnya. Jika Sony Xperia Z sebelum ini, bentuk agak petak dan kurang selesa untuk dimasukkan dalam poket seluar. Rasa macam ada yang tidak kena sahaja. Hahaha.. Sony Xperia Z3 sekarang agak selesa walaupun jika seluar agak ketat :)

Spesifikasi yang tinggi juga memainkan peranan penting bagi sebuah telefon pintar. Penggunakan telefon bimbit bukan sekadar berhubung sekarang ini. Malah ada yang menjadikan telefon bimbit sebagai komputer peribadi dengan pelbagai urusan dibuat menggunakan telefon bimbit. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan telefon bimbit mempungai keupayaan tinggi sesuai dengan kegunaan tersebut. Sony Xperia Z3 dengan prosesor quad-core 2.5ghz dan memori 3gb memang cukup hebat untuk penggunaan biasa :)

Empat perkara tersebut merupakan perkara utama mengapa Sop meminati Sony Xperia Z3. Namun menjadi persoalan utama sekarang ini ialah siapa hendak bagi Sony Xperia Z3 percuma kepada Sop? Hahahaha (gelak besar)

Anda minat dengan telefon Sony Xperia Z3?
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
mamapp
AUTHOR
15 January, 2015 10:41 delete

mcm best jer sony ni. aug camera dia pun tersangat best. tp mama guna samsung je la dulu

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
29 January, 2015 23:22 delete

samsung pun hebat mama :)

Reply
avatar
Bo the Nerd
AUTHOR
22 February, 2015 19:09 delete

Ada kawan rekomen juga Sony Z3 tapi pada masa yang sama tengah usha Xiomi Note 4G. Thanks bro informasi ttg Sony Z3 ni.

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
24 February, 2015 16:05 delete

mmg berbaloi pakai bro Bo
Sop dah pakai :)

Reply
avatar