Duit RM1 untuk belanja sekolah


Selamat sejahtera kepada semua rakan

Duit RM1 amat diperlukan ketika anak bersekolah untuk diberikan sebagai duit belanja sekolah. Dengan memberikan duit kecil, anak lebih mudah untuk berbelanja ketika di kantin terutama anak masih di sekolah rendah.

Duit bantuan persekolahan Azfar dan Azwar telah diterima pada Selasa lepas. Duit tersebut telah Sop tukar dengan duit RM1 untuk kegunaan duit belanja sekolah harian Azfar dan Azwar.

Pada mulanya, Sop ke beberapa bank untuk tukar duit RM1 tetapi semua telah kehabisan. Agak sukar juga untuk tukar duit RM1 dihari biasa.

Sop telah berjaya menukar duit RM1 melalui rakan seorang peniaga roti canai. Beliau dapat mengumpul banyak duit RM1 kerana pelanggan banyak membuat bayaran menggunakan duit RM1.

Sebelum ini, Sop selalu menyimpan duit RM1 apabila berbelanja. Kena rajin berbelanja dan simpan apabila mendapat duit RM1.

Sekarang ini, Sop perlukan RM10 setiap hari untuk kegunaan Azfar dan Azwar iaitu RM2 untuk sekolah agama dan RM3 untuk sekolah kebangsaan.

Bagaimana anda bagi duit belanja sekolah anak?

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
16 January, 2015 09:55 delete

selalu saya bekalkan saya untuk dia makan dalam seminggu 1 atau dua hari jew saya bagi duit belanja iaitu RM1 sahaja .. petang tak der belanja sbb nanti dia beli gula-gula... RM1 tue pun selalu dia beli sosej, kentang goreng dan juga kuih ... baik saya bekalkan sahaja ;)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
29 January, 2015 23:01 delete

betul tu nayfatimah
bekal lagi bagus
tp bg duit belanja pun ok utk belajar belanja
tp kena pesan supaya tidak beli benda merapu2 :)

Reply
avatar