30 November 2014

Photoshoot EduRiders@KL di Titiwangsa

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Photoshoot EduRiders@KL di Titiwangsa telah berlangsung pagi tadi dengan kehadiran beberapa ahli. Tujuan photoshoot ini hanya untuk berkumpul, bersarapan sambil borak-borak. Aktiviti photoshoot ini hanya dirancang secara mengejut sahaja.

Walaupun photoshoot ini tidak dikendalikan oleh jurugambar profesional tetapi kami seronok dapat berkumpul dan bergambar bersama-sama. Mungkin selepas ini, perancangan lebih awal boleh dilakukan untuk mendapat penyertaan ahli yang lebih ramai.

Sop sendiri masih mencuba-cuba untuk belajar mengambil gambar. Dengan DSLR Nikon D3200 bukanlah gajet yang hebat untuk photoshoot tetapi cukup untuk belajar teknik-teknik fotografi.

Perkara utama menghantui ahli yang datang untuk bergambar ialah malu untuk 'posing' di depan kamera. Tempat awam yang dipenuhi dengan pengunjung menjadikan keadaan lebih kekok dan tidak selera. Namun apabila secara berkumpulan, keadaan menjadi lebih baik dan masing-masing seronok.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir untuk bersama-sama menyertai photoshoot yang tidak berapa photoshoot ini :)

Galeri gambar:



Photoshoot EduRiders@KL di Titiwangsa

Photoshoot EduRiders@KL di Titiwangsa

Photoshoot EduRiders@KL di Titiwangsa


Photoshoot EduRiders@KL di Titiwangsa

Nota kaki: Gambar transfer dan upload :)

5 comments:


EmoticonEmoticon