12 October 2014

Menginap di Suria Cherating Beach Resort

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Dalam entry sebelum ini, Sop ada berkongsi tentang pengalaman konvoi bersama EduRiders@KL ke Cherating bersama 34 ahli lain. Kami telah menginap di Suria Cherating Beach Resort untuk konvoi tersebut.

Menginap di Suria Cherating Beach Resort

Suria Cherating Beach Resort pernah Sop menginap sebelum ini tetapi telah lama dulu. Tiada banyak perubahan berbanding dulu dengan sekarang Suria Cherating Beach Resort ini.

Bagi yang ingin melancong ke Cherating, Suria Cherating Beach Resort boleh dijadikan pilihan penginapan. Kemudahan yang disediakan di Suria Cherating Beach Resort cukup memuaskan dan permandangan cukup menarik. Suria Cherating Beach Resort menjadi tumpuan juga untuk mereka menjalankan kursus dan program.

Menginap di Suria Cherating Beach Resort

Bilik di Suria Cherating Beach Resort cukup selesa dan bersih. Terdapat beberapa jenis bilik yang terdapat di sini namun untuk penginapan kali ini, kami mendapat bilik twin single. Ruang bilik tidak luas tetapi cukup selesa untuk penginapan berdua.

Menginap di Suria Cherating Beach Resort

Paling Sop suka di Suria Cherating Beach Resort ialah ia berada di tepi pantai. Dari hotel, pengunjung terus boleh berjalan ke pantai untuk menikmati keindahan permandangan. Bagi yang tidak mahu mandi pantai, kolam yang disediakan cukup menarik pengunjung untuk terjun.

Menginap di Suria Cherating Beach Resort

Suria Cherating Beach Resort juga menyediakan beberapa kemudahan sukan seperti bola tanpar pantai, bola sepak pantai dan meja pin pong bagi mereka yang ingin beriadah.

Bagi mereka yang ingin berehat dan jauh dari kesesakan kotaraya, Suria Cherating Beach Resort boleh dijadikan destinasi percutian.

Galeri gambar:

2 comments:

  1. terima kasih bagi review cherating ni sebab memang riki hotel

    ReplyDelete

EmoticonEmoticon