19 September 2014

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (G.P.S)

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)
En. Ling Feng dan En. Simon Yan bersama artis jemputan Leng Yein semasa peralncaran perasmian
Hari ini, Sop berpeluang menyertai Majlis Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS) oleh KINGSOFT (M) Sdn Bhd bertempat di SOP Pub, Paradigm Mall, Kelana Jaya. Terima kasih kepada Eric Lee yang telah membuat jemputan ke acara tersebut.

Penjelajahan baharu dengan permainan Geo Pet Saga


Sumber gambar - Fan Page G.P.S

Inginkan penjelajahan ke alam yang berbeza?
GPS merupakan permainan yang diluar imaginasi anda dengan jalan cerita yang menarik. Ia akan memberikan suatu pengalaman yang menakjubkan sekiranya anda mengikuti sepenuhnya permainan GPS ini.

Permainan ini bermula dengan anda akan tiba di Rivia iaitu sebuah dunia ajaib, mistik dan haiwan boleh bercakap. Dalam perjalanan untuk kembali semua ke dunia, anda akan bertemu dengan kawan-kawan baharu, menyaksikan permandangan yang menakjubkan dan merungkai kebenaran sebenar tentang kehadiran anda.

Penerangan oleh En. Simon Yan, Pengurus Besar Kingsoft (M) Sdn Bhd
Sepanjang perjalanan cerita ini, ia akan menjangkau sebanyak 800 penjelajahan dan 16 buah zon. Anda akan memperjuangkan keadilan merentasi Rivia sambil mencari empat buah artifak untuk membuka jalan ke dunia anda.

Pengembaraan yang menarik bukan?

Selain pengembaraan yang menarik, watak dalam permainan GPS ini juga hebat. Setiap watak mempunyai kuasa yang tertentu dan tahap yang berbeza. Anda boleh memilih watak berdasarkan keperluan dan kuasa yang ada padanya.

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)

Paparan grafik dan bunyi pada permainan GPS ini juga hebat. Ia memberi pengalaman yang sepenuhnya menarik apabila bermaian GPS ini.

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)

Pengunaan data internet juga rendah ketika bermain GPS. Bagi pengguna pelan data, anda tidak perlu risau kehabisan kuota internet kerana permainan GPS hanya menggunakan 441kb untuk 30 minit permainan.

Muat turun permainan GPS ini melalui GooglePlay pada telefon pintar anda atau melalui link http://goo.gl/MbuaGw. Layari laman peminat https://www.facebook.com/geopetsaga untuk perkembangan terbaru.

Tentang KINGSOFT
KINGSOFT merupakan syarikat perisian yang paling awal bertapak di China. Seasun Studio, Cheetah Mobile dan WPS Office merupakan syarikat subsidiari KINGSOFT. Baru-baru ini, KINGSOFT sedang berkembang ke arah industri internet mudah alih dan dikelaskan sebagai 3 perisian antivirus paling tertas di China pada tahun 2000.

KINGSOFT mempunyai kira-kira 4,000 orang pekerja di seluruh dunia dengan pusat kajian dan pembangunannya terletak di seluruh China. KINGSOFT Malaysia telah ditubuhkan untuk menyediakan bantuan selanjutnya kepada pengguna Asia Tenggara pada tahun 2008.

Untuk maklumat lanjut mengenail KINGSOFT, sila layari www.kingsoft.com.my

Galeri gambar:

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)
Antara media yang hadir di majlis pelancarann

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)
Juruacara majlis pelancaran

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)
En. Lin Feng, Pengarah Bahagian Perniagaan Luar Negeri Kingsoft Malaysia dan Kongsoft Corporation Ltd China

En. Simon Yan, Pengurus Besar Kingsoft (M) Sdn Bhd

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)
Gimik pelancaran G.P.S

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)
Cosplat G.P.S

Pelancaran Permainan Geo Pet Saga (GPS)
Penyampaian cederamata kepada artis jemputan

Album gambar sekitar pelancaran, sila layari Fan Page SOP.NAME.MY

4 comments:

  1. Tak pernah main pulak game ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Game baru lagi ni bro
      Boleh cuba 😺

      Delete
  2. Kaki games tidak lepas peluang ini. Saya pula sudah lama bersara. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ramai juga peminat game ini :)
      Thx bro Akubiomed

      Delete


EmoticonEmoticon