18 September 2014

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Sudah pergi ke Taman Tema Legoland Malaysia?
Sop percaya ramai yang telah pergi. Malah ada blogger yang mendapat sponsor ke Legoland Malaysia ketika awal pembukaannya.

Sop baru sahaja kesempatan untuk pergi ke Legoland Malaysia dan rasanya antara yang terlewat pergi. Pada awal-awal pembukaan, ramai yang review Legoland Malaysia agak panas kerana pokok masih kecil dan ketika itu, Auni masih kecil. Banyak kali kami tangguhkan untuk ke Legoland Malaysia walaupun Azfar dan Azwar sering mengajak untuk ke sana.

Baru-baru ini, Sop mendapat tiket percuma untuk 2 dewasa dari rakan yang mendapat cabutan bertuah. Peluang digunakan sepenuhnya ketika cuti sekolah ini untuk membawa Azfar dan Azwar. Tiket hanya perlu beli untuk Azfar dan Azwar sahaja manakala Auni bawah 3 tahun masih percuma. Untuk maklumat tiket Legoland Malaysia, sila layari http://www.legoland.com.my/ms-MY/Merancang-Lawatan-Anda/Harga-dan-Jenis-Tiket/

Perjalanan dari Johor Bahru memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja. Kami bertolak selepas sarapan di hotel kami menginap dan sampai pada jam 9.00 pagi. Parking masih kosong kerana belum ramai yang telah sampai. Ada beberapa parking sekitar Legoland Malaysia namun ketika kami pergi hanya ruang parking 3 sahaja yang buka. Kos parking sekali masuk ialah RM9 sahaja. Jika datang awal, boleh kami pilih parking paling dekat dengan laluan ke Legoland Malaysia. Parking Medini Mall lebih dekat tetapi harga agak mahal dan ia cas berdasarkan jam.

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia
Permainan pertama Azfar dan Azwar

Kaunter tiket dibuka pada jam 9.30 pagi. Kami mula beratur untuk menanti kaunter tiket dibuka untuk jualan. Pada jam 10.00 pagi, pintu masuk dibuka dan orang ramai mula memasuki Taman Tema Legoland Malaysia. Kebanyakkan permainan sesuai dengan kanak-kanak dan Azfar dan Azwar telah melepasi semua permainan. Oleh itu, memang banyak permainan yang boleh mereka naiki.

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia
Membina kereta Lego untuk perlumbaan pada trek
Cuaca agak panas walaupun baru jam 10.00 pagi tapi tidak menghalang untuk kami meronda sekitar Taman Tema Legoland Malaysia. Pokok-pokok telah ada tetapi belum besar sepenuhnya. Agak berpeluh-peluh juga sepanjang berada di Taman Tema Legoland. Kami banyak beli air kerana dahaga. Jika dapat masuk tempat permainan berhawa dingin, memang rasa sangat lega. Hahahaha

Walaupun kelihatan ramai pengunjung di Legoland Malaysia tetapi setiap permainan tidak perlu beratur lama dan panjang. Berbeza jika di Genting Highland ketika cuti sekolah yang memakan masa agak lama untuk dapat bermain. Lagi berbeza jika hendak bermain Universal Studio Japan yang memakan masa beratur 2 hingga 3 jam untuk satu permainan :P

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Selain permainan, permandangan sekitar Legoland Malaysia juga menarik. Banyak bentuk yang dibuat dari Lego menarik perhatian.

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia
Antara design yang dibuat menggunaan Lego
Gerai makanan dan minuman banyak juga ada di Legoland ini dengan menu yang pelbagai. Harga standard taman tema la yer :) Makan agak kurang ketika berada di Taman Tema Legoland tetapi banyak beli minuman kerana cuaca panas. Memang dahaga terutama anak-anak yang cukup aktif apabila teruja dengan permainan yang ada.

Secara keseluruhan, Legoland Malaysia menyeronokkan kepada kanak-kanak dan keluarga. Bagi orang dewasa mungkin kurang sedikit kerana kurang permainan yang extreme. Kanak-kanak memang tidak kisah dengann cuaca panas atau apa yang penting ia mennyeronokkan.

Galeri gambar:

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia

12 comments:

  1. wah bestnya....teringin nak pergi jugak la..

    ReplyDelete
  2. Assalammulaikum... sop,

    mselim3 dah pernah gi... alhamdulilah.. seronok sesangat gi legoland nie cuma makan kat dalam legoland nie ada mahal byk... permainan banyak sesangat cuma penat berjalan kat dalam legoland..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam mselim
      Makanan semua taman tema mesti mahal.. :)
      Terima kasih atas perkongsian

      Delete
  3. Macam best je.. leh bawak anak2 ke sana nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti bw.. Anak2 linda mesti suka 😸

      Delete
  4. aku belom pernah pergi ke legoland lg. blom berkesempatan.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon