04 August 2014

Diari Hari Raya Aidilfitri 2014

Selamat sejahtera dan Salam Syawal kepada semua rakan.

Diari Hari Raya Aidilfitri 2014
Potrait Keluarga
Bagaimana sambutan Hari Raya Aidilfitri anda tahun ini?
Semoga ia lebih meriah dan diberkati berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Seperti biasa, kami akan bergilir-gilir setiap tahun untuk beraya di mana dahulu dan tahun ini giliran bersama keluarga Mrs Sop.

Pagi Raya Aidilfitri telah dimulakan dengan sarapan di rumah. Mrs Sop telah sediakan spageti pada pagi tersebut. Kami kemudian terus ke masjid untuk Solat Sunat Aidilfitri di Setapak Jaya. Selesai solat, kami ke rumah keluarga Mrs Sop untuk berhari raya.

Diari Hari Raya Aidilfitri 2014
Portrait keluarga mertua
Pada tengah hari, kami sekeluarga bertolak ke Malim Nawar, Perak untuk beraya di rumah Opah Mrs Sop. Perjalanan lancar dari Kuala Lumpur walaupun kenderaan banyak di lebuhraya. Ramai juga yang mengambil kesempatan memulakan perjalanan di pagi Aidilfitri. Opah yang berumur lebih 90 tahun selepas jatuh bilik air dulu terus tidak dapat berjalan tetapi kelihatan masih sihat.

Kami telah menginap di rumah Opah selama semalam dan kembali ke Kuala Lumpur pada keesokkannya. Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 5 petang.

Pada hari Raya ketiga pula, perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu untuk beraya di kampung Sop pula. Perjalanan juga lancar walaupun kenderaan agak banyak pada hari tersebut. Habis lebuhraya MTD, kami cuba menggunakan laluan lebuhraya sementara yang dibuka dari Tol Jabor ke Cheneh. Keluar dari lebuhraya tersebut, perjalanan agak perlahan kerana telah jalan biasa. Kami tiba di kampung Sop pada jam 5 petang.

Sepanjang di kampung Sop, kami hanya beraya di rumah adik beradik Sop sahaja. Biasanya hari raya pertama dan kedua yang meriah beraya dan hari raya ketiga ramai yang mula bekerja. Majlis pertunangan, kenduri, atau majlis lain mula banyak selepas hari raya ketiga.

Pada hari Sabtu, kami telah kembali ke Kuala Lumpur. Perjalanan agak awal pada pagi tersebut untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas. Perjalanan lancar sehingga Kuala Lumpur dan kami tiba pada jam 2.00 petang. Buat pertama kalinya kami sampai awal sebegitu. Ini kerana tidak banyak kami berhenti dan perjalanan tidak santai seperti biasa.

Tamat sudah Diari Aidilfitri untuk tahun ini. Tiada yang luar biasa tetapi kemeriahan menyambut Aidilfitri tetapi dirasai.

Terima kasih kepada semua yang membuat ucapan dan mesej Aidilfitri. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Galeri gambar:

Diari Hari Raya Aidilfitri 2014
Gaya Auni di pagi Aidilfitri

Diari Hari Raya Aidilfitri 2014
Gaya Azfar dan Azwar

Diari Hari Raya Aidilfitri 2014
Bersalaman dengan ahli keluarga

Diari Hari Raya Aidilfitri 2014
Auni pun dapat duit raya

Diari Hari Raya Aidilfitri 2014
Auni bersama Yaya (sepupu Auni)

Diari Hari Raya Aidilfitri 2014
Sesi bergambar :)

10 comments:

  1. Cantiknya auni berbaju pink. Hehe. Mula2 beraya di KL la ye bro Sop. Apa2 tetap meriahkan.

    ReplyDelete
  2. Jauh juga perjalanan Sop raya tahun ni ye?
    Selamat Hari Raya!..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rutin biasa setiap tahun :)
      terima kasih @Hairul Azni

      Delete
  3. Selamat Hari Raya buat Sop sekeluarga.
    Segak naa berbaju raya warna biru

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon