Berada di Ancasa Residences Port Dickson

Selamat sejahtera kepaada semua rakan.


Pernah menginap di Ancasa Residences Port Dickson?
Ini merupakan kali pertama Sop menginap di Ancasa Residences Port Dickson ini. Sebelum ini selalu juga lihat hotel ini apabila melalui Pantai Teluk Kemang tetapi tidak kesempatan untuk menginap.

Hotel Ancasa Residences Port Dickson agak popular juga kerana kemudahan yang disediakan adalah memuaskan. Bagi yang melalui jalan sekitar Teluk Kemang pasti akan perasan dengan hotel ini yang berada di tepi jalan sahaja.

Ancasa Residences Port Dickson ini mempunyai 3 blok bangunan hotel. Terdapat banyak jenis bilik yang disediakan iaitu apartment 3 bilik, 2 bilik dan 1 bilik. Semua apartment dilengkapi dengan ruang dapur, ruang makan dan ruang tamu. Saiz bilik amat luas dan cukup selesa.

Kemudahan banyak disediakan di Ancasa Residences Port Dickson ini. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, padang permainan, permainan dalaman dan sebagainya. Sila rujuk di sini untuk senarai kemudahan yang di sediakan di Ancasa Residences Port Dickson.



Walaupun Ancasa Residences Port Dickson tidak bersambung dengan pantai tetapi pengunjung boleh menikmati aktiviti pantai seperti biasa. Ini kerana sebelah Ancasa Residences Port Dickson merupakan kawasan pantai awam. Terdapat banyak aktiviti pantai yang terdapat di sini selain mandi manda.

Makanan di Ancasa Residences Port Dickson juga amat menyelerakan. Banyak menu yang disediakan sama ada sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Secara keseluruhan, Sop berpuas hati berada di Ancasa Residences Port Dickson ini. Bagi yang ingin bercuti atau mengadakan program, Ancasa Residences Port Dickson merupakan pilihan yang sesuai.

Galeri gambar:














Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
SALHAN4748
AUTHOR
03 September, 2014 15:20 delete

fasa ke-2 kita buat kat Hotel Mayang Sari pula....kita cuba hotel yang mana tidak pernah diami..lepastu boleh buat perbandingan

Reply
avatar