16 July 2014

Kad Raya Dunia Shida 2014

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kad Raya Dunia Shida 2014
Cantik kad raya Shida
Sudah terima kad raya untuk tahun ini?
Kad raya sekarang ini agak kurang mendapat perhatian. Jika dulu, masing-masing berlumba mengirim kad raya kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Kemeriahan kad raya tersebut sehingga boleh dijadikan hiasan di rumah.

Namun sekarang, ucapan kad raya lebih popular berbentuk digital melalui sms, whatapps atau melalui laman sosial. Ia lebih menjimatkan dan juga menarik berbanding kad raya tradisional.

Namun begitu, kad raya tradisional masih lagi penting kerana ia mempunyai nilai yang tertentu. Sop mengangumi mereka yang berjaya menghantar kad raya ketika ini. Bukan perkara yang mudah berbanding menggunakan kad raya digital :)

Terima kasih diucapkan kepada rakan blogger Shida dari blog Dunia sebenar Shida yang rajin mengirimkan kad raya kepada Sop. Maaf tidak dapat balas kad raya Shida tersebut secara tradisional. Nanti Sop balas guna kad digital yer :)

Anda suka kad raya digital atau tradisional?

Kad Raya Dunia Shida 2014

22 comments:

  1. cantiknya kad raya tuuuu sop...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. pandai Shida design kan?
      bukan murah juga nak kad raya design sendiri ni :)

      Delete
  2. Nak jugak....
    Kad raya tradisional lagi bermakna rasanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis fuza.. ada nilai yng tersendiri kan... :)

      Delete
  3. sally pun baru je dapat..hehehe...alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. Nak jugak.... x ada org nak bagi kad kat aku... ;((

    ReplyDelete
  5. Tahniah bro....aku pun dah lama giler tak dapat kad canggini...semua bg email ngan mms jer...ekekekek.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro
      skrg byk pilihan yg lebih mudah :)

      Delete
  6. tahniahh abang sop.. memang bagus amalan kirim mengirim kad raya ni kalau diteruskan. ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lily
      meh le hantar kat sop kad raya :)

      Delete
  7. sama2 bro sop :) dah mnjadi kbiasaan tiap2 tahun mesti nk krim..dah 3tahun lebih jalankan aktviti mgirim kad sesama blogger ni..syokk lg bila dbls sbb blh simpan sbgai kngan dhari tua hehee :) alamat dah ade kan tinggal nk tempek stem je ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah shida
      mmg terbaik
      moga dapat diteruskan :)

      Delete
  8. bro cantik gila bro snap gmbar ni nak amik boleh hahaaa plsss :d

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon