Azfar dan Azwar berjaya berpuasa

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Azfar dan Azwar berjaya berpuasa
Menu berbuka hari ini
Hari ini selesai sudah 7 hari kita berpuasa. Semoga semua telah berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

Tahun ini merupakan permulaan puasa yang baik buat Azfar dan Azwar. Bermula pada 1 Ramadhan, Azfar dan Azwar telah diminta berpuasa. Sedikit ganjaran telah dijanjika jika berjaya puasa penuh 1 hari.

Alhamdulillah, dari hari Ahad lepas Azfar dan Azwar telah berjaya berpuasa penuh kecuali pada hari Jumaat yang hanya berpuasa setengah hari sahaja. Hari ini, Azfar dan Azwar kembali berpuasa penuh.

Jika dibandingkan dengan tahun lepas, Azfar dan Azwar hanya mampu berpuasa setengah hari sahaja. Kiranya tahun lepas merupakan latihan kepada puasa penuh untuk tahun ini. Kejayaan yang besar untuk Azfar dan Azwar kerana berpuasa penuh.

Cabaran berpuasa pada hari bersekolah sedikit tinggi kerana Azfar dan Azwar perlu bersekolah pagi dan petang. Dengan cuaca sekarang yang panas, mungkin rasa dahaga sangat tinggi. Masih teringat bagaimana Azfar pulang dari sekolah menangis-nangis kerana dahaga tetapi berjaya bertahan hingga waktu berbuka. Sekarang ini, balik sekolah sebelah petang kami sediakan tablet untuk Azfar dan Azwar bermain sementara menantikan waktu berbuka.

Azfar dan Azwar berjaya berpuasa

Pada hari cuti, Azfar dan Azwar tidak bermasalah untuk berpuasa kerana banyak aktiviti yang melekakan dan kurang penat berbanding hari bersekolah.

Pengaruh cerita animasi Upin dan Ipin turun memainkan peranan untuk Azfar dan Azwar berpuasa. Ini kerana dorongan tersebut memberi semangat dan teruja untuk mereka berpuasa.

Semoga Azfar dan Azwar mampu berpuasa untuk hari-hari seterusnya. Sebagai ibubapa, pasti gembira jika anak-anak mampu berpuasa bermula dari peringkat awal.

Anda bagaimana pula? Sejak umur berapa mula berpuasa penuh?
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Hafizul
AUTHOR
07 July, 2014 10:52 delete

Hehe..semoga tahun depan nanti puasa penuh sampai habis sebulan dehhh..hehe...

Reply
avatar
mamapp
AUTHOR
07 July, 2014 14:31 delete

alhamdulillah.. syafi je skrg ni yg belum berjaya

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
08 July, 2014 09:16 delete

terima kasih bro Hafizul
harap2 cam tu lah :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
08 July, 2014 09:17 delete

terima kasih mama pp
syafi boleh training lagi tahun ni sampai bersedia :)

Reply
avatar