Systema 0.02mm Spiral Baharu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Systema 0.02mm Spiral Baharu

Masih tercari berus gigi yang sesuai?
Ingin mencuba berus gigi yang baru?

Systema 0.02mm Spiral yang baru di lancarkan harus dicuba oleh rakan-rakan.

Berus gigi secara kuat bukan menjamin kebersihan gigi yang menyeluruh. Doktor gigi menyarankan cara memberus dan berus gigi yang sesuai memberi kesan yang menyeluruh.

Cara memberus gigi
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mengamalkan teknik memberus gigi yang berkesan :

  1. Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.
  2. Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke luar dan ke dalam.
  3. Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan berus perlahan-lahan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.
  4. Di celah-celah gigi / kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam.
  5. Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/penjagaan-kendiri/memberus-gigi

Systema 0.02mm Spiral Baharu

Penggunaan berus gigi
Pemilihan berus gigi sangat penting untuk menjamin penjagaan gigi yang baik. Oleh kerana itu, terdapat pelbagai jenis bentuk dan saiz berus gigi yang terdapat dipasaran. Masing-masing mempunyai ciri-ciri yang tertentu.

Sejak Sop menggunakan Systema 0.02mm, agak sukar Sop bertukar kepada berus gigi yang lain. Pertamanya berus gigi Systema 0.02mm ini sangat lembut kepada gusi tetapi memberi kesan yang kuat kepada pluk untuk pembersihan yang mendalam. Penggunaan sangat selesa dan sangat berbeza dengan berus gigi lain.

Baru-baru ini, Sop mendapat pek percubaan untuk Systema 0.02mm Spiral yang baru. Setelah menggunakan selama seminggu, memang sangat berpuas hati dan dicadangkan kepada semua rakan untuk menggunakannya. Ia tidak berbeza dengan berus gigi Systema 0.02mm sebelum ini tetapi berdasarkan risalah ia telah dipertingkatkan fungsi supaya mampu membuang pluk lebih 40% tanpa memberus kuat.

Jika ingin merasai sendiri keselasaan dan pembersihan menyeluruh, boleh dapatkan berus gigi Systema 0.02mm Spiral dipasaran.

Kepada yang pernah atau sedang menggunakan berus gigi Systema 0.02mm Spiral ini, boleh kongsikan pengalaman anda melalui ruangan komen.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)

Galeri gambar:

Systema 0.02mm Spiral Baharu

Systema 0.02mm Spiral Baharu

Systema 0.02mm Spiral Baharu

Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Eshamz Halim
AUTHOR
15 June, 2014 22:50 delete

Salam bro...aku pun guna berus gg 0.02mm ni... kena ngan jiwa katanya...ekekekekek :D

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
15 June, 2014 23:34 delete

terima kasih @eshamz atas perkongsian :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
15 June, 2014 23:35 delete

best kan mek onie? :)

Reply
avatar