16 June 2014

Menonton filem animasi Super Squad

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Menonton filem animasi Super Squad

Pernah dengar filem animasi Super Squad?
Sop dan keluarga berkesempatan menonton filem animasi Super Squad ini melalui jemputan rakan blogger di eCurve pada Sabtu yang lepas. Program Movie Screening ini diadakan oleh penerbit filem Super Squad ini kepada pemenang majalah E-Baca dan blogger. Pendaftaran telah bermula pada jam 8.00 malam dan tayangan pula bermula pada jam 9.00 malam.

Menonton filem animasi Super Squad
Antara yang hadir menonton filem animasi Super Squad
Filem animasi Super Squad mengisahkan sekumpulan remaja yang mempunyai kuasa luar biasa bertugas menjaga keselamatan bumi dari ancaman penjahat. Kisah yang berlatarkan zaman masa hadapan memiliki kemudahan yang canggih dan moden. Walaupun mereka masih remaja tetapi masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Hasil usaha mereka berlima, ancaman untuk memusnahkan bumi akhirnya berjaya dipatahkan. Untuk mengetahui jalan cerita penuh, anda perlu ke pawangan untuk menonton filem animasi Super Squad ini. Baru menarik menonton bukan?

Tahniah kepada pihak penerbit dan semua yang menjayakan filem animasi Super Squad ini. Dunia filem animasi di negara kita masih baru dan masih banyak yang perlu dipertingkatkan untuk menghasilkan filem yang setanding dengan negara luar. Bukan mudah untuk menghasilkan filem animasi ini. Untuk filem animasi Super Squad, dimaklumkan ia mengambil masa selama lebih dari 2 tahun untuk menghasilkannya.

Semoga dengan kehadiran lebih banyak penerbit yang mengeluarkan filem ini, dunia filem animasi di Malaysia akan lebih berkembang dan maju.

Filem animasi Super Squad ini dapat menarik minat anak-anak Sop. Watak-watak dapat dijiwai oleh anak-anak dengan mudah. Dari segi grafik, filem animasi Super Squad ini sangat menarik dan boleh dibanggakan.

Namun begitu, beberapa cadangan penambahbaikan masih boleh diambil perhatian untuk memantapkan lagi filem ini seperti berikut:

  • Jalan cerita yang agak perlahan dan klimak yang agak kurang. 
  • Animasi juga boleh diperhidupkan dengan memamparkan lebih emosi dan pergerakan lebih hidup.
  • Unsur-unsur lucu boleh dimasukkan untuk menarik minat kanak-kanak.
  • Penggunaan dialog yang lebih hidup dan sesuai
Sop percaya filem animasi Super Squad boleh pergi lebih jauh. Permulaan telah berjalan dengan baik dan boleh dipertingkatkan lagi untuk masa-masa akan datang.

Galeri gambar:

Menonton filem animasi Super Squad

Menonton filem animasi Super Squad

Menonton filem animasi Super Squad

Menonton filem animasi Super Squad

Menonton filem animasi Super Squad

Menonton filem animasi Super Squad

Menonton filem animasi Super Squad

4 comments:

  1. bawa anak2 ke majlis mcm nie mmg seronok..

    ReplyDelete
  2. sekali sekala spend masa dengan family meman best

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sisi Fuza
      kalau dpt selalu lagi bagus :)

      Delete


EmoticonEmoticon