Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota

Anda peminat Mee Tarik Warisan Asli?
Mee Tarik Warisan Asli telah melebarkan lagi sayap perniagaan mereka dengan membuka cawangan di Danau Kota. Cawangan terbaru ini terletak di PV128 yang bersebelahan dengan Colombia Hospital, Danau Kota.

Sop telah perasaan pembukaan cawangan Mee Tarik Warisan Asli ini tetapi tidak kesempatan untuk singgah. Baru-baru ini baru berjaya untuk singgah layan mee tarik ini. Sebelum ini, Sop pernah singgah rasa mee tarik ini di restoran mereka di Sungai Besi.

Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota

Apa yang paling Sop suka dengan Mee Tarik Warisan Asli ialah teh herbal mereka. ChinaBaBao Tea ini memang unik dan biasanya hanya di restoran mee tarik sahaja yang boleh jumpa teh herbal ini. Sekali rasa memang akan teringat dan akan hendak lagi :)

Cawangan Mee Tarik Warisan Asli  Danau Kota ini agak selesa dengan design agak eklusif. Untuk singgahan kali ini, kami memilih mee berbentuk leper. Rasa sedap dan dicadangkan kepada semua untuk rasainya.

Bagi yang makan sikit, pastikan pesan 1 untuk kongsi berdua kerana kuantiti makanan di restoran Mee Tarik Warisan Asli ini agak banyak. Jika makan seorang pasti dak habis (bagi Sop la). Manakala untuk kanak-kanak yang tidak boleh pedas pastikan pesan untuk asingkan cili. Mee sup yang kami pesan telah diletak bersama sambal cili di dalamnya. Anak-anak kurang dapat makan kerana pedas.

Anda pernah singgah di restoran Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota ini?
Jika belum, jom layan mee tarik (awak belanja) Hahaha

Galeri gambar:

Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota

Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota

Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota

Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota

Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota

Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota

Mee Tarik Warisan Asli Danau Kota


Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
13 June, 2014 19:13 delete

apa beza dengan mee biasa?

Reply
avatar
Fuza Musa
AUTHOR
14 June, 2014 02:11 delete

wow..tengok pun dah macam sedap

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
15 June, 2014 23:40 delete

mee tarik lg best sbb fresh dan kenyal
mmg rasa berbeza :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
15 June, 2014 23:42 delete

mmg sedap
kena cuba ye sis fuza :)

Reply
avatar