Ketupat sotong Mak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ketupat sotong mak

Anda suka ketupat sotong?
Ketupat sotong merupakan kegemaran Sop semasa kecil sehingga sekarang. Dulu mak selalu juga buat ketupat sotong ini bila musim sotong murah. Maknanya bukan selalu boleh makan ketupat sotong ini. Jika hendak beli memang susah ketika itu.

Membuat ketupat sotong ini tidak begitu sukar cuma perlu beberapa bahan sahaja. Walaupun tidak susah tetapi jangan minta Sop ajar buat ketupat sotong kerana belum belajar. Sop tahu makan sahaja. Hahaha

Baru-baru ini, Sop balik kampung dan mak bercadang untuk membuat ketupat sotong. Agak lama juga Sop tidak makan ketupat sotong ini. Sop terus ke Pasar Payang untuk mendapatkan sotong kerana pasar di kampung Sop hanya ada jual sotong saiz kecil. Jika boleh sotong perlu saiz besar sederhana yang paling sesuai.

Petang tersebut, siaplah ketupat sotong air tangan mak. Dapatlah merasa beberapa ekor ketupat sotong. Rasa masih seperti dahulu seperti zaman Sop kecil sehingga sekarang. Memang sedap!

Terima kasih mak kerana menyediakan ketupat sotong tersebut :)

Galeri gambar:

Ketupat sotong Mak

Ketupat sotong Mak

Ketupat sotong Mak

Ketupat sotong Mak

Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
Sura Mohd
AUTHOR
12 June, 2014 09:28 delete

tengok ketupat sotong tu ..teringat pulak kat sahabat yg dah balik dungun..dia pun rajin buat ketupat sotong...huhu...

Reply
avatar
12 June, 2014 11:37 delete

pergh... nenek saya suka buat. Masa arwah atuk ada, dia nelayan..so, sotong melimpah ruah.. rindu pulak..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
12 June, 2014 17:09 delete

kena cuba sis Fuza :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
12 June, 2014 17:09 delete

wah mesti sedap kan?

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
12 June, 2014 17:10 delete

terbaik la bro Khamzi
kalau nelayan mmg mewah makan sotong tu :)

Reply
avatar
Umi Nazrah
AUTHOR
12 June, 2014 17:37 delete

salam singgah. adoiiiii menggoda betoi lah. terbayang2 dibuatnya :)

Reply
avatar
Mawardi Yunus
AUTHOR
12 June, 2014 22:47 delete

sedapnya.. huhu. ni raso nk kelik klate ni

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
13 June, 2014 09:05 delete

cari jgn xcari Umi :)
kalau tau boleh masak sendiri (jgn lupa ajak sop) hehehe

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
13 June, 2014 09:06 delete

kena blk bro
sotong memanggil2 tu.. hahaha

Reply
avatar