Foto - Permandangan yang damai

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kampung penuh dengan permandangan yang mendamaikan. Tidak hairan sekiranya ramai yang hendak mencari ketenangan akan kembali ke kampung.

Permandangan ini dirakam dari jendela bilik rumah Sop di kampung ketika balik baru-baru ini. View yang tidak boleh dilihat di Kuala Lumpur kecuali didalam gambar sahaja.

Permandangan yang Sop lihat dari kecil sehingga dewasa sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun begitu, kini banyak permandangan yang indah telah hilang di kampung Sop kerana pembangunan seperti permandangan sawah padi, sungai yang menghijau airnya dan permandangan bukit yang cantik.

Rindu pula dengan permandangan sawah padi yang menjadi tempat Sop mengenali lumpur, membajak sawah dan memancing ikan. Kini sawah-sawah tersebut telah dijadikan tapak rumah-rumah dan sekolah. Tiada lagi permandangan bendang yang menghijau, tiada lagi permandangan padi yang kuning keemasan. Rindu sungguh permandangan tersebut :(

Anda rindukan suasana bagaimana pula?


Posted via Blogaway
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
amir zahari
AUTHOR
21 June, 2014 02:58 delete

Alahai. rindunya kampung, saat paling best bila hujan.. hutan timpa atap rumah bunyi punyalah bising sampai nak bcakap pun kena kuat2..hehehe tp best wooo leh bergulung dalam selimut..

Reply
avatar
22 June, 2014 21:05 delete

Hai abam sop.. lama tak singgah sini. rindu :) tak dinafikan aida sendiri suka suasana kampung nasib baik rumah sekarang nie walaupun ditengah bandar adalah sikit suasana kampungnya..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
24 June, 2014 22:54 delete

fuh.. terus terbayang.. hehehe
mmg best suasana tu
thx @Amir

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
24 June, 2014 22:55 delete

wah.. untung Aida
bukan senang skrg ni nak dpt suasana tu :)

Reply
avatar