13 May 2014

Tampal tayar kereta bocor

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tampal tayar kereta bocor

Tayar bocor mungkin kisah ngeri kepada sesetengah pemandu. Sop sendiri ada pengalaman (tidak berapa ngeri) apabila tayar kereta bocor tanpa sedar dilebu raya. Nasib baik seorang penunggang motosikal yang memaklumkan perkara tersebut. Mulanya telah bau hangit tetapi tidak perasan ia datang dari tayar yang bocor. Kesannya hampir tetanggal tayar tersebut dari rim. Kerana itu juga, terpaksa diganti dengan tayar baru.

Ada juga kes sebelum ini tayar kereta bocor terkena gunting dan akibatnya terpaksa ganti tayar baru. Sop tidak pasti ketika itu telah ada panampal tayar dari dalam. Biasanya bila ke kedai hanya guna getah yang dicucuk pada tayar.

Tampal tayar kereta bocor

Baru-baru ini, sekali lagi terkena besi yang bocor agak besar. Jika hendak cucuk memang tidak boleh dengan bocor sebegitu. Jika tukar tayar memang rugi kerana tayar sekarang masih baru dan tidak terjejas sangat lagi.

Apabila bawa ke kedai tayar, rupanya ada penampal tayar dari dalam. Pernah dengar tetapi tidak pernah lagi guna. Penampal tayar tersebut ada 2 saiz. Oleh kerana tayar kereta Sop bocor agak besar, penampal tayar besar perlu digunakan. Harga penampal tayar termasuk kos pemasangan ialah RM45. Jika dibandingkan dengan tukar tayar memang jauh lebih jimat dengan kos tampal tersebut.

Dimaklumkan oleh tokei kedai tayar berkenaan, penampal tayar tersebut agak baik dan boleh tahan.

Tampal tayar kereta bocor

Apabila melihat penampal tayar ini, teringat zaman tampal tiub apabila bocor :)

Setakat ini, selepas tampal tersebut tayar kereta belum ada masalah bocor kembali.

Anda pernah guna penampal tayar dari dalam ini?

Update: Ramai yang bertanyakan kedai ini, berikut disertakan gambar kedai berkenaan. Bulan lepas ganti tayar, perkhidmatan tampal tayar masih disedaikan.




Alamat:
Banyan Auto (Danau Kota) Sdn Bhd
29, Jalan 6/23e, Taman Danau Kota,
53100 Kuala Lumpur
03-4025 3508

6 comments:

  1. Baru 1st time dengar penampal tayar, selalu tiub beskal je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..
      kalau bocor boleh cari kedai ada tampal tayar :)
      jimat... hehehe

      Delete
  2. tak reti tampal tayar...

    ReplyDelete
  3. En Sop tampal kat area mana? bnyk kedai tayar kereta tak ada penampal ni. bunga tayar kereta saya masih tebal tp koyak agak besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat danau kota. Berhadapan dengan platinum walk. Kedai hujung sekali

      Delete


EmoticonEmoticon