Tampal tayar kereta bocor

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tampal tayar kereta bocor

Tayar bocor mungkin kisah ngeri kepada sesetengah pemandu. Sop sendiri ada pengalaman (tidak berapa ngeri) apabila tayar kereta bocor tanpa sedar dilebu raya. Nasib baik seorang penunggang motosikal yang memaklumkan perkara tersebut. Mulanya telah bau hangit tetapi tidak perasan ia datang dari tayar yang bocor. Kesannya hampir tetanggal tayar tersebut dari rim. Kerana itu juga, terpaksa diganti dengan tayar baru.

Ada juga kes sebelum ini tayar kereta bocor terkena gunting dan akibatnya terpaksa ganti tayar baru. Sop tidak pasti ketika itu telah ada panampal tayar dari dalam. Biasanya bila ke kedai hanya guna getah yang dicucuk pada tayar.

Tampal tayar kereta bocor

Baru-baru ini, sekali lagi terkena besi yang bocor agak besar. Jika hendak cucuk memang tidak boleh dengan bocor sebegitu. Jika tukar tayar memang rugi kerana tayar sekarang masih baru dan tidak terjejas sangat lagi.

Apabila bawa ke kedai tayar, rupanya ada penampal tayar dari dalam. Pernah dengar tetapi tidak pernah lagi guna. Penampal tayar tersebut ada 2 saiz. Oleh kerana tayar kereta Sop bocor agak besar, penampal tayar besar perlu digunakan. Harga penampal tayar termasuk kos pemasangan ialah RM45. Jika dibandingkan dengan tukar tayar memang jauh lebih jimat dengan kos tampal tersebut.

Dimaklumkan oleh tokei kedai tayar berkenaan, penampal tayar tersebut agak baik dan boleh tahan.

Tampal tayar kereta bocor

Apabila melihat penampal tayar ini, teringat zaman tampal tiub apabila bocor :)

Setakat ini, selepas tampal tersebut tayar kereta belum ada masalah bocor kembali.

Anda pernah guna penampal tayar dari dalam ini?
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Linda Ishak
AUTHOR
14 May, 2014 14:49 delete

Baru 1st time dengar penampal tayar, selalu tiub beskal je....

Reply
avatar
15 May, 2014 17:21 delete

tak reti tampal tayar...

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
19 May, 2014 16:36 delete

hahaha..
kalau bocor boleh cari kedai ada tampal tayar :)
jimat... hehehe

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
19 May, 2014 16:37 delete

tampal kat kedai kak noor :) hehehe

Reply
avatar
Mohd Zaki
AUTHOR
18 March, 2015 12:29 delete

En Sop tampal kat area mana? bnyk kedai tayar kereta tak ada penampal ni. bunga tayar kereta saya masih tebal tp koyak agak besar..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
18 March, 2015 12:44 delete

Dekat danau kota. Berhadapan dengan platinum walk. Kedai hujung sekali

Reply
avatar