27 May 2014

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Pernah ke Taman Burung Kuala Lumpur?
Ini adalah pertama kali kami ke Taman Burung Kuala Lumpur. Agak lama rancang hendak pergi tetapi tiada kesempatan. Melihat rakan-rakan ke Taman Burung Kuala Lumpur, agak menarik juga untuk aktiviti keluarga untuk menikmati keindahan flora dan fauna.

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Aktiviti di Taman Burung
Aktiviti melawat sambil melihat pelbagai jenis burung merupakan pengalaman yang menarik. Bagi kanak-kanak, banyak yang boleh belajar dari lawatan ini. Anak-anak Sop juga teruja dengan melihat pelbagai jenis burung yang terdapat di sini. Terdapat juga sesi persembahan kemahiran burung yang telah dilatih. Aksi yang menarik dan mencuit hati semua penonton yang hadir. Pusat-pusat maklumat turut disediakan kepada pengunjung.

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Pengunjung Taman Burung Kuala Lumpur juga boleh memberi makan kepada burung. Terdapat makan yang dijual untuk diberikan kepada burung-burung. Malah terdapat bahagian pengunjung boleh bergambar dengan burung yang akan diletak pada badan pengunjung.

Suasana Taman Burung
Sop suka suasana di Taman Burung Kuala Lumpur yang nyaman. Sepanjang taman dikelilingi tumbuh-tumbuhan. Walaupun cuaca panas terik, masih terasa suasana nyaman tersebut. Kami berpeluh-peluh sepanjang lawatan tetapi masih rasa cukup selesa.

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Namun digalakkan pengunjung membawa minuman atau dapatkan minuman di gerai kerana pengujung akan berpeluh apabila banyak berjalan. Semua golongan sesuai untuk melawat Taman Burung Kuala Lumpur ini.

Fotografi burung
Bagi peminat fotografi, Taman Burung Kuala Lumpur sangat sesuai untuk membidik gambar burung yang pelbagai jenis dan warna. Hasil sangat memuaskan kerana terdapat banyak burung yang jinak dan boleh dibidik dengan mudah. Berbeza dengan kehidupan liar, pasti agak sukar untuk merakam gambar burung yang liar.

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Kemudahan yang disediakan
Kemudahan asas disediakan seperti tandas, pusat maklumat dan gerai makanan serta minuman. Harga minuman agak tinggi berbanding harga biasa. Contoh air tin berharga RM4 per tin. Bagi yang ingin mendapat barangan cederamata Taman Burung Kuala Lumpur, Souvenir Shop ada menjual pelbagai jenis barangan untuk di bawa pulang.

Bayaran
Bayaran masuk Taman Burung Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

Dewasa (biasa) - RM48.00
Kanak-kanak (biasa) - RM38.00

Dewasa (MyKad) - RM25.00
Kanak-kanak (MyKid) - RM12.00

Kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma.

Waktu lawatan Taman Burung Kuala Lumpur adalah dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Secara keseluruhan, Sop sangat hati dapat melawat Taman Burung Kuala Lumpur. Keluarga pun seronok dapat melihat burung-burung sambil melihat keindahan alam sekitar.

Bagi maklumat lanjut Taman Burung Kuala Lumpur ini, sila layari http://www.klbirdpark.com/

Galeri gambar:

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

Melawat Taman Burung Kuala Lumpur

18 comments:

  1. Wah penting bawa MyKad.
    Harga nya beza banyak

    ReplyDelete
  2. Kalau yang minat membidik memang sesuai ni. Burungpun banyak yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat yg sgt sesuai utk membidik :)
      terima kasih bro Hazmin

      Delete
  3. wow bestnyer.. syafi baru g last week tp ikut rombongan sekolah.. mama tak ikut huhuu.. bila tgk gambo rasa rugi plak tak gi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi mama...
      nanti g sendiri2 dgn famili lak :)

      Delete
  4. cantiknya gambar, mesti kamera riban2 ni...

    ReplyDelete
  5. Menarik bro.... walaupun aku membesar kat Kg Kerinchi tapi tak pernah masuk taman burung...biasa gi makan nasi lemak ngan ikan bakar tanling jer...ekekekeke... taman rama-rama ada ler masuk sekali... gambar pun best2 bro.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah nanti kalau lapang singgah
      teruja nak gi sbb ramai geng photog yg layan gambar burung situ, hehehe

      Delete
  6. wah! menarik! seronok! burung burung pun banyak, cantik pula tu. pandai abang sop ambil angle. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik lisa
      masih belajar2 nih :)

      Delete
  7. Hehe..jinak sangat dah burung ni yer..kalau bawak balik kan best...terbaiklah sop..musim cuti ni memang seronok jalan-jalan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. program cuti sekolah katakan..
      kalau anak xberjalan mesti bosan :)
      thx Hafizul

      Delete
  8. Macam best je. Tak pernah lagi pergi taman burung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best juga
      ada masa gi la yer @Nadratul :)

      Delete


EmoticonEmoticon