Konvoi kapchai ke Ulu Bendol

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Konvoi kapchai ke Ulu Bendol

Berkonvoi merupakan aktiviti yang digemari ramai. Tidak kira berkonvoi kereta, motor besar atau motor kapchai kerana apabila berkonvoi aktiviti lebih menarik. Dengan berkonvoi, kita boleh membina semangat berkumpulan, setiakawan, bertolak ansur dan sebagainya.

Konvoi kapchai ini telah dianjurkan oleh EduRiders@KL menuju ke Ulu Bendol. Penyertaan terdiri dari pelbagai jenis motor kapchai seramai 20 orang.

Konvoi kapchai ke Ulu Bendol

Perjalanan menggunakan Lebuhraya LEKAS ini memakan masa 1 jam 45 minit dengan jarak perjalanan 80KM dari Kuala Lumpur. Walaupun agak jauh namun apabila berkonvoi, tidak terasa kejauhan tersebut.

Konvoi motor kapchai ini memang sempoi tetapi pastikan motor kapchai yang digunakan sedikit berkuasa. Sop menggunakan motor skuter yang mana agak kurang kuasa mendaki bukit ketika lebuh raya. Kesannya jauh ditinggalkan ketika laluan berbukit. Tiada masalah ditinggalkan kerana konsep berkonvoi tiada yang ditinggalkan. Sampai satu jarak, peserta akan tunggu semua tiba sebelum menyambung kembali perjalanan.

Konvoi kapchai ke Ulu Bendol

Tujuan utama konvoi kapchai ini ialah untuk menguji ketahanan diri. Jika hendak selesa baik guna kereta atau motor besar bukan? Dengan tempoh menunggang yang lama dan cuaca yang agak panas, ketahanan diri akan lebih berbentuk. Lenguh juga hendak sampai ke Ulu Bendol tetapi apabila selesai konvoi terasa kejayaan menguji ketahan diri tersebut. Jika hendak uji lebih power, sila guna basikal lagi dasyat Kikiki

Paling penting, perjalanan kami pergi balik selamat.

Anda suka berkonvoi?

Galeri gambar:

Konvoi kapchai ke Ulu Bendol

Konvoi kapchai ke Ulu Bendol

Konvoi kapchai ke Ulu Bendol

Konvoi kapchai ke Ulu Bendol

Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Normi Nieza
AUTHOR
11 May, 2014 10:55 delete

best jgk konvai ngan motor kapcai..:)

Reply
avatar
Eshamz Halim
AUTHOR
11 May, 2014 16:27 delete

Terbaekkk bro...aku dah lama tak konvoi motor...dulu mmg selalu ler tp skrg ni dah fobia nak bawak motor... ada ler kisah disebalik fobia tuuu...ekekekekeke... skrg ni sanggup redah jem dgn kereta...ekekeke... fobia naik motor dah...setakat dekat2 tu ok ler... klu dulu gi johor pon naik Kriss 110cc jer....rilek jer.... :D

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
22 May, 2014 09:08 delete

bila fobia mmg xboleh buat apa
mesti pengalaman dasyat kan?
terima kasih bro @Eshamz

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
22 May, 2014 09:09 delete

ulu bendol kat kuala pilah, negeri sembila cik suki :)

Reply
avatar