16 May 2014

Hadiah Hari Guru 2014 Azfar dan Azwar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hadiah Hari Guru Azfar dan Azwar

Pernah bagi hadiah Hari Guru?
Sop masih ingat masa zaman sekolah rendah, macam-macam barang diambil untuk hadiah Hari Guru. Biasanya akan ambil apa sahaja yang ada di rumah untuk dihadiahkan kepada cikgu. Walaupun tidak seberapa hadiah yang diberikan tetapi tetap bersemangat untuk dihadiahkan kepada cikgu. Biasanya sabun mandi yang selalu dihadiakan kerana lebih murah :)

Sekarang ini, pengalaman mungkin tidak sama dengan anak-anak kerana ibubapa yang membelikan hadiah tersebut. Ketika Sop ke kedai cederamata, ramai ibubapa bersama anak-anak mendapatkan barangan cederamata untuk dijadikan hadiah. Malah Sop sendiri pun buat perkara yang sama :)

Antara salah satu cara untuk mendidik anak-anak agar menghargai ialah dengan memberi hadiah pada Hari Guru. Sop pun percaya, guru pasti gembira apabila anak murid memberi hadiah tanda penghargaan walaupun hadiah tidak seberapa.

Hadiah Hari Guru Azfar dan Azwar

Malam tadi, Azfar dan Azwar bersiap-siap membungkus hadiah untuk guru-guru mereka. Seronok apabila melihat anak-anak teruja untuk menyiapkan hadiah tersebut. Semoga jasa guru akan sentiasa mereka kenang :)

Kepada semua guru, Sop ingin ucapakan Selamat Hari Guru.

Galeri gambar:
Hadiah Hari Guru Azfar dan Azwar
 
Hadiah Hari Guru Azfar dan Azwar

Hadiah Hari Guru Azfar dan Azwar
Auni nak bagi cikgu mana tu?

Hadiah Hari Guru Azfar dan Azwar

Hadiah Hari Guru Azfar dan Azwar

Hadiah Hari Guru Azfar dan Azwar

4 comments:

  1. Meriahnya... Bagus menghargai guru2 anak2 ni.
    Ni pun baru je selesai balut hadiah utk cikgu2 anak yg 3 org ni... selalu ayahnya yg balut. Kali ni emaknya plak sebab ayahnya out station... 6 hadiah sumenya.... :d

    ReplyDelete
  2. tringat zaman sek dulu..sentiasa sediakn hdiah utk cikgu!

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon