04 May 2014

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

Pernah ke Air Terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah?
Sop baru pertama kali ke Air Terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah ini. Sebelum ini ada pernah dengar tetapi tidak berkesempatan untuk singgah-singgah dan menikmati air terjun sungai Ulu Bendol ini. Baru-baru ini ada program ke Air Terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah dan memberi peluang untuk melihat-lihat keindahan alam semula jadi.

Jarak dari Kuala Lumpur ke Air Terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah ialah lebih kurang 80KM sahaja. Laluan paling mudah ialah menggunakan Lebuhraya LEKAS. Jalan yang tidak sesak dan mudah untuk terus sampai ke Air Terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah. Bagi pemanduan sederhana, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Air Terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah lebih kurang 1 jam sahaja.

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

Setelah tiba di Air Terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah, suasana lebih kurang sama dengan Ulu Yam, Selangor atau Sungai Congkak. Air terjun yang tidak tidak terlalu laju dan tidak dalam. Paling penting, air sungai adalah jernih :)

Terdapat dua bahagian Air Terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah ini. Satu di kawasan tepi jalan utama yang mana kawasan tersebut telah dibangunkan. Terdapat kolam dan ruang untuk mandi-manda ala-ala taman tema air. Bahagian kedua pula ialah perlu masuk ke dalam sedikit menggunakan kenderaan dan kawasan masih kekal dengan alam semula jadi. Namun begitu kemudahan ada disediakan seperti pondok, bilik persalinan, tandas, tong sampah dan ruang parkir.

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

Waktu berkelas di sini ialah dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Kelihatan siren keselamatan turut disediakan untuk amaran jika berlaku 'kepala air'.

Selepas ini Sop boleh bawa keluarga untuk berkelah di sini pula :)

Galeri gambar:

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

Air terjun Ulu Bendol, Kuala Pilah

2 comments:


EmoticonEmoticon