Searching...
20 April 2014

Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa

Sunday, April 20, 2014
Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa

Suka bermain badminton?
Apabila melihat anak-anak bermain badminton, teringat zaman Sop kecil dulu bermain badminton. Ketika itu, keluarga Sidek tengah popular dan menjadi permain nombor 1 dunia. Ketika itu, ramai yang mula bermain badminton di kampung-kampung termasuk keluarga kami.

Kami bermain di belakang rumah dengan court tanah dan net badminton menggunakan pukat. Ketika itu, kami menggunakan raket frame kayu. Raket frame aluminium seperti sekarang sangat mahal ketika itu. Walaupun kami bermain dalam kekurangan kelengkapan, tetapi ia sungguh menyeronokkan kerana boleh bermain bersama keluarga.

Sekarang ini, anak-anak Sop pula berminat untuk bermain badminton. Walaupun bermain tanpa court badminton tetapi ia boleh dijadikan aktiviti riadah yang menyeronokkan. Azfar dan Azwar masih baru belajar bermain badminton. Sekarang ini, bolehlah Azfar dan Azwar membuat pukulan. Tidak banyak pukulan yang tersasar berbanding awal-awal bermain dulu.

Sekarang ini, Auni pula yang berminat untuk bermain badminton. Dapat sahaja reket badminton, Auni terus tidak mahu lepas dan cuba untuk bermain. Layan sahajalah :)

Galeri gambar:
Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa

Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa

Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa

Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa

Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa

Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa

Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa

Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa

Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa


Anda baru saja membaca artikel bertajuk Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa dalam kategori Auni / Famili / Riadah / Sukan dari URL http://www.sop.name.my/2014/04/jom-bermain-badminton-di-tasik.html. Sila kongsi artikel ini kepada rakan melalui laman sosial di bawah.
  • comments powered by Disqus

    10 comments:

    1. sonok tengok anak2 mike dapat main badminton....... ate mike takkan tengok je kot sop???

      ReplyDelete
      Replies
      1. kome tengok aje
        jaga Auni pun dah berpeluh2,., hehehe

        Delete
    2. alolooo.. comelnyaa auni main badmintonn..<3
      ecah zaman kecik2 suka main, bila dah besar gajah ni.. jejak padang pun malas.

      ReplyDelete
      Replies
      1. terima kasih Ecah
        biasala kan.. makin besar mkin malas nak bersukan.. hehhee

        Delete
    3. kena asah bakat ni..mana tau boleh jadi pelapis pemain negara

      ReplyDelete
      Replies
      1. Insyallah sis Fuza
        kena selalu latih nampaknya... hehehe

        Delete
    4. Replies
      1. fuh.. lambat lg boleh ganti.. hehhee

        Delete
    5. Dah lama x main badminton selepas bahu injured dulu....terus stop main badminton...ni ler game feveret aku time sekolah dulu... si kecik tu bakal pengganti LCW tuuu... kasi asah bakat...ekekekeke... :D

      ReplyDelete
      Replies
      1. mesti rindu nak main badminton kan?
        terima kasih bro @Eshamz

        Delete